27 August 2008

Haji Kechik ...


19 August 2008

Tanggal 18 Ogos 2008

Rasanyer cepat betul masa berlalu. Tanggal 18 Ogos 2008, Zafran dah 10 bulan. Dalam tempoh itu, menerangi kehidupan rumahtangga bersama isteriku. Alhamdulillah, Zafran tak banyak ragam. Mudah-mudahan menjadi anak yang baik.

18 August 2008

Renung ...
Gambar nie Pak Tam Zafran yang ambil. Tiba-tiba Zafran dengan mood selamba dok kat riba. Tak banyak touch up gambar nie .. Gelap macam gambar asal.

17 August 2008

Balik Kampung .... Teluk Intan


Cuti hujung minggu lepas, bawak mama ngan Zafran balik Teluk Intan, Perak. Zafran jumpa ngan nenek ngan moyang sekali ... Rindu nenek lelaki ngan perempuan kat Zafran.

Hari Ahad, otw balik gi kenduri kat Parit 8, Sekinchan. Petak sawah mengering, jadi tak dapat Zafran tengok pokok padi.

16 August 2008

'River Gauging' ~ Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor

15 August 2008

KTAK dalam kenangan

Salam ingatan kepada rakan-rakan di KTAK khasnya Bahagian Bekalan Air...


14 August 2008

JKR Selangor

Mula bertugas sebagai Pembantu Teknik pada tahun 2002 di Cawangan Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur. Pada tahun 2004, dipinjamkan (KADER) ke Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Blok E4/5 Kompleks E, Putrajaya selaras dengan perpindahan fungsi air dari Kementerian Kerja Raya ke Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang telah diputuskan oleh Kabinet pada 27 Mac 2004. Pada 16.04.2008, mulai bertugas di Bahagian Bangunan, JKRNegeri Selangor, Shah Alam, Selangor




Dataran Merdeka ~ 12.08.2008

Zafran ngan Pak Su

13 August 2008

Muhammad Zafran Alif Bin Masrul Khair dilahirkan pada 18hb.Oktober 2007 ....

Tanggal 19hb November 2006 ... cerita bersambung ,,,, hehehe




Assalamualaikum

Sesungguhnya kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia adalah jelas sekali. Atas natijah inilah semua agama menuntut penganutnya mempelajari sebanyak mungkin ilmu bagi menjadikan mereka manusia dan pemimpin sempurna dalam apa jua bidang dan peringkat. Alhamdulillah, terhasil jua blog peribadi saya. Tanpa mendapat pendidikan dan kemahiran dalam bidang komputer ataupun multimedia, berkat usaha mendalami teknologi maklumat seperti internet saya dapat menghasilkan jua.

Dalam konteks dunia hari ini memiliki kualiti dan karisma sebagai ketua sahaja tidak cukup untuk memimpin sesuatu kumpulan atau pertubuhan jika ilmu dan daya berfikirnya terbatas. Tanpa ilmu kita tidak mampu menjadi pemimpin yang berwibawa dan berpandangan jauh. Oleh itu, saya cuba mengambil kesempatan yang ada untuk mempelajari berkaitan internet dan lain-lain Tidak dinafikan banyak unsur-unsur yang tidak bermoral banyak terdapat dan diperolehi dari internet. Sewajarnya kemudahan seperti ini dalam era globalisasi, kita hendaklah memanfaatkan sewajarnya kemudahan yang ada bukan sebaliknya. Di kesempatan ini, saya cuba menghasilkan satu laman yang pengguna boleh mengambil maafaat darinya.Sesetengah bahan atau artikel mungkin diambil dari laman-laman web yang terpilih. Diharapkan ada yang sudi mengirimkan bahan-bahan yang mungkin boleh dimuatkan di dalam laman web ini untuk kegunaan bersama Laman web ini juga didedikasi kepada insan yang tersayang, rakan-rakan seperjuangan, dan mereka yang sentiasa memberikan sokongan dalam meningkatkan laman web ini.

Sekian, Terima Kasih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...