13 August 2008




Assalamualaikum

Sesungguhnya kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia adalah jelas sekali. Atas natijah inilah semua agama menuntut penganutnya mempelajari sebanyak mungkin ilmu bagi menjadikan mereka manusia dan pemimpin sempurna dalam apa jua bidang dan peringkat. Alhamdulillah, terhasil jua blog peribadi saya. Tanpa mendapat pendidikan dan kemahiran dalam bidang komputer ataupun multimedia, berkat usaha mendalami teknologi maklumat seperti internet saya dapat menghasilkan jua.

Dalam konteks dunia hari ini memiliki kualiti dan karisma sebagai ketua sahaja tidak cukup untuk memimpin sesuatu kumpulan atau pertubuhan jika ilmu dan daya berfikirnya terbatas. Tanpa ilmu kita tidak mampu menjadi pemimpin yang berwibawa dan berpandangan jauh. Oleh itu, saya cuba mengambil kesempatan yang ada untuk mempelajari berkaitan internet dan lain-lain Tidak dinafikan banyak unsur-unsur yang tidak bermoral banyak terdapat dan diperolehi dari internet. Sewajarnya kemudahan seperti ini dalam era globalisasi, kita hendaklah memanfaatkan sewajarnya kemudahan yang ada bukan sebaliknya. Di kesempatan ini, saya cuba menghasilkan satu laman yang pengguna boleh mengambil maafaat darinya.Sesetengah bahan atau artikel mungkin diambil dari laman-laman web yang terpilih. Diharapkan ada yang sudi mengirimkan bahan-bahan yang mungkin boleh dimuatkan di dalam laman web ini untuk kegunaan bersama Laman web ini juga didedikasi kepada insan yang tersayang, rakan-rakan seperjuangan, dan mereka yang sentiasa memberikan sokongan dalam meningkatkan laman web ini.

Sekian, Terima Kasih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...