30 September 2008

Biarlah Bulan Bicara - Broery Marantika

28 September 2008

Gigi ...

Dah nampak gigi atas ngan bawah.

27 September 2008

Setahun ...






Salam Ramadhan ... tinggal beberapa hari ketibaan bulan Syawal ... bermakna juga nak hampir setahun usia Zafran.

26 September 2008

Kelahiran cahaya mata Pn. Norismawarti


Tahniah di atas kelahiran bayi kembar.

18 September 2008

Anda mampu mengubahnya ....

17 September 2008

Salam Aidil Fitri




16 September 2008

Jejalan TESCO


Cameraman


Sheraton Subang
Kursus Multimedia - Digital Video
14 - 18 Ogos 2006
INTAN Bukit Kiara


Alor Star, Kedah







Pendang, Kedah







Bentong,Pahang




ASIAWATER 2004




Empangan Janakuasa TNB Pergau
Kelantan






14 September 2008

No komen ...




13 September 2008

Balik Kampung ...

Sesiapa yang bakal balik kampung sempena cuti Raya Aidil Fitri diharap selamat sampai dan kembali. Berhati-hati memandu sepanjang perjalanan. Ingatlah orang tersayang!

12 September 2008

Dulu ~ Kini


11 September 2008

Selamat Ulang Tahun ...

Wife aku buat berbuka puasa di rumah sambil menyambut ulang tahun Kak Yus, Sarah dan Mira. Anyway untuk kalian, selamat panjang umur dan Mira/Sarah cepat-cepat laa kahwin ....

08 September 2008

Mari Membaca ....



Zafran kalo cuba buku memang tak mau lepas. Khusyuk dia ... Akhir sekali, buku sehelai demi sehelai dengan kulit habis berlerai. Tak kisah sekurang-kurangnya dah nampak 'minat' dia. Papa tak kisah!

07 September 2008

Selamat Ulang tahun ... 'Opah'


06 September 2008

Anak ....

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya. Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh. Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh itu, pasangan yang telah diizinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50). Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74). Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Maryam: 5-6). Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti. Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak. Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”. Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami). Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi). Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?”. Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6). Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Bebz



Hari ini, baru kesempatan nak masukkan gambar Zafran masa balik kampung awal puasa hari tu. Naik kerja hari selasa, banyak isu kena settle kat office. Hari rabu dapat tahu kena pergi kursus Pengurusan Projek 2 hari (Khamis - Jumaat). Terasa bebz sesangat lak.
Sedar tak sedar dah masuk 6 Ramadhan, rasa cepat lak masa berlalu. Tak sabar-sabar nak sambut raya. Al maklum, tahun lepas Zafran lahir pada bulan syawal. Kecik lagi nak bawak jalan-jalan. Tahun nie plan nak jalan gi rumah sedara mara. Leh sambil-sambil penuhkan poket.

03 September 2008

Puasa ....

Hari nie hari kedua puasa. Rasanya macam cepat masa berlalu. Tup-tup ramadhan muncul kembali. Tahun lepas, isteri sarat mengandung. La nie sibuk melayan karenah Zafran. First day puasa dan berbuka kat Triang, Pahang. Balik kl dah kul 1.00 pagi. Macam malas nak gi kerja.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga ramadhan nie memberi kita ruang untuk menyempurnakan ibadah puasa dengan sempurna.

02 September 2008

Bajet 2009

Menghargai Perkhidmatan Awam
Kerajaan menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara. Kerajaan bersetuju untuk memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008. Bonus ini akan diberi dalam dua bayaran, iaitu pada bulan September dan Disember 2008.


* Alhamdulillah ... ada juga bonus tahun nie .... pengumuman macam nie yang ditunggu-tunggu kakitangan kerajaan macam aku ... Sekurang-kurangnya bertambah berat kantung anak-anak buah aku masa raya nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...