30 October 2008

RAW

RAW ??? raw itu mentah.... so, u capture benda yang mentah..... asli..... bila mentah.... u perlukan processing untuk menjadikan ia sesuatu bahan yang kompleks.... begitulah konsep raw....
raw ini sebenarnya satu format di mana ianya berfungsi untuk merekod imej dalam bentuk asli (unedited, unadulterated & uncompressed image) dimana semasa shutter di klik ianya direkod terus oleh sensor kamera....

Semasa ianya direkod oleh sensor kamera, fungsi white balance, tone colour dan pelbagai parameter disimpan sebelum ianya diterjemahkan oleh software yg membenarkan imej diedit selepas ianya di upload ke komputer.. Paramater2 yg disimpan ini membuatkan fail sesebuah imej itu berkali2 ganda besarnya daripada imej berformat jpeg...

Imej RAW membenarkan anda utk memproses semula data seperti white balance, exposure, tone dan sebagainya menjadikan ia sebagai penyelamat kepada imej selepas shutter di klik berbanding menggunakan JPEG dimana data-DATA imej limit semasa shutter di klik.
Apa yang menarik menggunakan RAW ialah imej kita bulih diblow sehingga 25.1 MP (6144 x 4085 pixel)* berdasarkan Kamera Nikon D70s dengan kadar kehilangan kualiti yg minimal berbanding kaedah interpolasi (interpolation) menggunakan software Photoshop dan third party software yang lain....

Berikut adalah workflow dimana imej RAW berfungsi berbanding JPEG :


PERBANDINGAN KEBAIKAN DAN KELEMAHAN ANTARA RAW DAN JPEG


Kelebihan RAW
:: Kualiti Imej sebaik yang mungkin
:: Membenarkan kita mengawal imej tanpa menggunakan fungsi di kamera
:: Exposure yg fleksibel selepas shoot
:: White Balance yg fleksibel

Kelemahan RAW
:: Fail yang besar
:: Penggunaan software tertentu
:: Masa utk memproses

Kebaikan JPEG
:: Saiz fail yang kecil
:: Penggunaan Software yg pelbagai
:: Setup di Kamera tanpa perlu post-processing
:: Cepat utk diedit

Kelemahan JPEG
:: Artifak seperti jagged edges, contrast edges bila dicompress dan interpolated
:: Hilang kawalan utk mengawal imej utk poss-proccessing
:: Tidak boleh recover data imej kembali

SOFTWARE UTK RAW
:: Adobe Photoshop (adobe camera RAW) (recommended)
:: Nikon Capture (recommended)
:: Aperture for Macintosh
:: Adobe Lightroom
:: Raw Shooter Professional
:: Capture One Pro

Sumber : http://www.fotopages.com.my/

Tips dan penjagaan kamera

Buku Panduan.
Baca buku panduan yang terdapat bersama kemera anda dan lihat jika terdapat isyarat yang diberikan bagaimana menggunakan kamera.
Antara peraturan am:
# Sentiasa pegang kamera dengan cermat dan berhati-hati kerana ia akan rosak disebabkan hentakan, ketukan atau sebagainya.
# Jangan biarkan kamera anda dimana terdapat cahaya yang sangat terang dan panas seharian.
# Kamera agak kecil dan berharga hendaklah dipastikan sentiasa dijaga daripada dicuri.
# Lindungi kamera anda dari hujan atau air.
# Elak menggunakan kamera dalam keadaan debu ataupun berhabuk.
# Elak menggunakan kamera dengan tangan yang basah atau kotor.
# Keluarkan bateri dari kamera anda sebelum disimpan jika tidak menggunakan kamera itu selama beberapa minggu.

Membersihkan Lensa anda.
Peraturan yang pertama adalah tidak membiarkan lensa menjadi kotor. Ini adalah untuk mengelakkan kesan jari pada lensa. Anda juga boleh membeli peralatan membersihkan lensa dimana adalah lebih baik anda membeli peralatan itu secara berasingan yang terdapat di mana-mana kedai gambar.
Antara peralatan yang digunakan seperti:
# Berus pembersih untuk membuang habuk yang melekat pada lensa.
# Kain pembersih lensa untuk mengelap lensa - juga ziplock yang kecil ataupun beg yang seumpamanya untuk menyimpan barangan tersebut.
# Cecair pembersih lensa yang digunakan pada kain pembersih lensa.
Kebanyakkan lensa mempunyai lapisan permukaan yang istimewa yang mudah rosak disebabkan oleh kecuaian dalam kawalan kamera. Oleh itu, anda hanya perlu menyapu permukaan tersebut dengan lembut dengan kain pembersih. Lihat pada lensa kamera anda dengan berhati-hati adn bersihkan tempat yang mempunyai kotoran sahaja. Mulakan dengan membersihkan kawasan yang mempunyai habuk atau kotoran dengan meniup habuk yang melekat pada lensa dan gunakan berus pembersih untuk menghilangkan mana-mana habuk atau kototran yang masih lagi melekat pada lensa. Jika kotoran masih lagi berada pada lensa, gunakan kain yang dititik dengan cecair pembersih dan lapkan pada kotoran itu tadi.

Penuras perlindungan
Anda harus menggunakan penuras perlindungan yang sesuai dan ditetapkan pada lensa. Adalah lebih sesuai jika anda membeli penuras UV (UV filter) atau penuras 1A atau 1B dan kemudiannya biarkannya di tempat dimana boleh melindungi lensa anda. Jarak atau diameter penuras itu hendahlah ditanda pada lensa atau seperti yang terdapat pada buku panduan. Pastikan penuras sentiasa dalam keadaan bersih seperti juga lensa bagi mengelakkan ia dari rosak atau sebagainya.

Kawalan kamera.
Hampir kesemua gambar boleh dtingkatkan mutunya dengan menetapkan pergerakan badan anda dan juga kamera. Terdapat beberapa tips lain yang boleh dipratikkan bagi mendapatkan kualiti gambar yang lebih baik antaranya ialah :
# Anda adalah digalakkan agar tidak bergerak ketika mengambil gambar dan adalah lebih baik jika anda dapat bersandar pada mana-mana tempat untuk menetapkan posture badan anda.
# Seterusnya, pegang kamera dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan dekatkan dahi dan mata anda pada pemidang tilik kamera. Hanya gunakan LCD pada kamera digital jika tiada pilihan lain atau bagi imej penuh. Tetapkan siku anda pada badan. Pastikan juga tangan anda tidak menghalang lensa dan sebagainya.
# Tekan punat pada kamera dengan lembut dengan perlahan-lahan; pada sesetangah kamera juga terdapat punat tekan separuh (half-press) yang digunakan untuk ‘auto-focus’ dan ‘auto-exposure’, dan anda boleh pegang ia sehingga betul-betul mendapat gambaran yang tepat sebelum mengambil gambar.

Gunakan kaki (tripod)
Kaki selaras dengan kecekapan otak adalah adalah diantara aksesori bagi seseorang jurugambar. Fotografi adalah mengenai berdiri pada tempat yang betul dan menekan punat kamera pada masa yang tepat.
Buat keputusan sebelum anda mengambil gambar Biasakan berfikir sewaktu anda ingin mengambil gambar- antara soalan-soalannya seperti:
# Gambar foto apa yang ingin saya ambil?
# Adakah saya berada di tempat atau sudut yang betul untuk mengambil gambar?
# Adakah kamera saya dapat berfungsi dangan baik?
Kebanyakkan kemera automatik pada hari ini banyak membantu anda dalam mengambil pelbagai jenis gambar. Namun, bagi seseorang yang sudah berpengalaman dalam menggunakan perlbagai kamera, anda akan mendapati pelbagai fungsi yang terdapat dalam sesuatu kamera dan hanya perlu memastikan sudut atau posisi yang sesuai bagi mendapatkan kualiti gambar yang baik.

Sudah pasti kamera yang mudah tidak memberi banyak skop untuk diubahsuai tetapi tetap tidak memberhentikan anda untuk mendapatkan gambar yang baik dan yang penting anda perlu tahu teknik-teknik yang betul untuk mendapatkan gambar yang berkualiti.

The Rule of Thirds

Using the steps outlined previously will help to tighten up your composition. Now we will look at a few techniques you can employ to help improve your composition. If you are taking photographs for your own pleasure, as I assume you are, then you only have to come up with pictures that please you. You may be able to overlook the huge empty spaces or people with their heads cut off but no-one else will. That cute kid looks really cute it's just a pity that you need a magnifying glass to see him. Producing pictures that are pleasing to someone other than yourself will make your photography much more rewarding.

The Rule of Thirds.
fig1 One of the most popular 'rules' in photography is the Rule Of Thirds. It is also popular amongst artists. It works like this:
Imaginary lines are drawn dividing the image into thirds both horizontally and vertically. You place important elements of your composition where these lines intersect. I've even made a little diagram for you (fig 1).

Fig.1
As well as using the intersections you can arrange areas into bands occupying a third or place things along the imaginary lines. As you can see it is fairly simple to implement. Good places to put things; third of the way up, third of the way in from the left , you get the idea. Duff places to put things; right in the middle, right at the top, right at the bottom, away in the corner.

Using the Rule of Thirds helps produce nicely balanced easy on the eye pictures. Also, as you have to position things relative to the edges of the frame it helps get rid of ' tiny subject surrounded by vast empty space' syndrome.
One last thing about the Rule of Thirds for the time being. Once you have got the hang of the Rule of Thirds you will very quickly want to break it ! This is fine. As I said earlier these 'rules' are best used as guidelines and if you can create a better image by bending or ignoring rules then fire away.

The Rule of Thirds is fairly structured but there are a great many methods you can employ which rely on your ability to 'see' things and incorporate them into your composition. Next up we will look at some, but by no means all, of them.

Tips - Pencahayaan

Pencahayaan yang mencukupi memberikan warna-warna menarik
Pencahayaan memainkan peranan yang amat penting dalam fotografi. Tanpa pencahayaan yang cukup, gambar yang terhasil akan menjadi gelap dan terdapat grain, iaitu bintik-bintik hitam seperti pasir yang pastinya akan merosakkan gambar biar bagaimana cantik pun komposisi dan kedudukan subjek.

Jika anda membuat penggambaran di luar (outdoor), sumber pencahayaan utama adalah matahari. Oleh itu setiap kali hendak menghalakan kamera kepada subjek, PASTIKAN KEDUDUKAN MATAHARI ADALAH DI BELAKANG JURUGAMBAR, bukannya dibelakang subjek. Ini akan menyebabkan muka subjek anda termasuk latarbelakang akan menjadi terang akibat suluhan matahari. Masa yang paling sesuai ialah pada sebelah pagi atau petang, bilamana kekuatan cahaya tidak terlalu keras, dan tonasi dan bayang yang terhasil menjadikan gambar lebih menarik.

ELAKKAN penggambaran diwaktu tengahari (kecuali terpaksa), kerana matahari akan berkedudukan tepat di atas kepala kita. Di samping kekuatan cahaya yang sangat keras, ia akan menghasilkan bayang yang buruk terutama di bahagian muka kita. Walaubagaimana pun, ada cara untuk meminimumkan kekerasan bayang itu. Caranya… akan saya terangkan di lain masa.

Sumber :
http://myfotografi2u.wordpress.com

404 Projek Guna IBS Dilulus Hingga 15 Oktober - Zin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan meluluskan sebanyak 404 projek menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan kos RM9.4 bilion sehingga 14 Okt lepas, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed. Beliau berkata ia meliputi pelaksanaan projek pembangunan dan perumahan rakyat oleh agensi-agensi kerajaan seperti yang telah ditetapkan iaitu menggunakan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan IBS dalam projek-projek itu.IBS adalah teknik pembinaan yang melibatkan pemasangan di tapak binaan komponen-komponen pra-tuang atau pre-fabrikasi atau pasang siap. Ia berintensifkan teknologi mekanisme dan automasi.Bercakap kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada kontraktor Zon Tengah mengenai Pengiraan Perubahan Harga di sini hari ini, Mohd Zin juga berharap sektor swasta akan turut serta menggunakan kaedah IBS."Jika tidak dinaiktaraf kepada IBS, maka selama-lamanya kita akan bergantung kepada tenaga pekerja asing," katanya.Mohd Zin berkata pada 2009 hingga 2010 pula, sebanyak 121 projek lagi yang menggunakan kaedah IBS akan ditender.Sementara itu, Mohd Zin berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyasarkan untuk melatih kira-kira 100,000 tenaga kerja mahir di Akademi Binaan Malaysia (ABM) tahun depan."Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk latihan itu yang melibatkan ABM di Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak," katanya.-- 29 Oktober, 2008 - BERNAMA

Yang Seringkali Ditanya (FAQs) Mengenai Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Kordinasi Modular (MC)

Apakah IBS?
Sistem Binaan Berindustri (IBS) juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap: sistem pembinaan di mana
komponen diperbuat di kilang, di tapak atau di luar tapak, diangkut dan kemudian dipasang menjadi
sebuah struktur dengan kerja yang minimum. Lima jenis IBS yang biasa digunakan di Malaysia adalah
sistem kerangka panel dan kekotak konkrit pratuang, sistem kerangka keluli, sistem kerangka kayu prasiap,
sistem acuan keluli serta sistem blok pratuang.

Apakah Manfaat Menggunakan IBS?
Manfaat utama yang diperolehi melalui penggunaan sistem ini adalah seperti berikut:
• Produk yang berkualiti tinggi dan pembaziran yang minimum kerana persekitaran kerja di kilang lebih
mudah dikawal;
• Penghapusan acuan kayu konvensional dan pengurangan ketara penggunaan penyangga melalui penggunaan elemen pasang siap atau sistem acuan bagi proses tuangan di tapak;
• Platform kerja yang teguh dan selamat dihasil melalui elemen pasang siap; • Penyiapan yang lebih cepat berikutan pengenalan komponen yang menggantikan pembinaan insitu;
• Tapak pembinaan lebih teratur, bersih dan selamat berikutan pengurangan sampah binaan, pekerja dan bahan binaan ditajak;
• Jumlah kos pembinaan yang lebih rendah berikutan manfaat yang dicapai daripada faktor-faktor di atas.

Poster Promosi IBS sering menyatakan bahawa penggunaan kaedah IBS dapat mengurangkan kos projek. Tetapi melalui pengalaman saya, tidak. Sila ulas.
Jika anda membandingkan hanya kos bahan sahaja, memang benar komponen IBS adalah lebih tinggi berbanding kos in-situ. Pengilang IBS perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendirikan kilang dan dengan demikian perlu menyerapkan kos pelaburannya ke dalam harga produk IBS. Walau bagaimanapun, sama seperti produk pengguna lain, kita memang perlu membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan jenama bertaraf premium. Dalam pembinaan, IBS adalah sebuah jenama premium kerana ia menawarkan kualiti, produktiviti dan tahap keselamatan yang lebih terjamin. Oleh itu sudah semesti harganya lebih tinggi sedikit. Di samping itu, kita perlu melihat kepada manfaat di dalam penggunaan kaedah IBS. Dengan penggunaan kaedah IBS, ia memberi kualiti yang lebih baik maka kos kerja pembaikpulih dapat dikurangkan. Masa membina yang lebih pendek juga bermakna pulangan daripada pelaburan (ROI) boleh dicapai dengan lebih pantas. Bagi pembeli rumah, ia bermakna mereka boleh mengelak daripada membayar lebih banyak faedah kepada bank. Bagi para pemilik kilang atau pejabat pula, mereka boleh memulakan operasi dengan lebih cepat. Jika dilihat dari sudut yang lebih luas lagi, bayangkan betapa Kerajaan boleh menjimatkan wang berbilion Ringgit dengan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan pengaliran keluar matawang Ringgit ke negara luar.

Saya Tidak Yakin Terhadap Prestasi Struktur Bangunan Yang Dibina Menggunakan Kaedah IBS. Adakah Bangunan Tersebut Seteguh Struktur Binaan Konvensional? Saya Juga Masih Ragu Cara Pembinaan Ini Boleh Menjamin Tiada Kebocoran.
IBS hanya merupakan kaedah pembinaan sahaja. Rekabentuk sebenarnya menentukan keteguhannya, sama seperti struktur konvensional. Perbezaannya adalah struktur IBS memerlukan pengiraan tambahan bagi peringkat pembinaan. Bangunan yang dibina menggunakan kaedah IBS juga mempunyai prestasi struktur yang serupa seperti keteguhan bangunan yang dibina mengikut kaedah tuang-in-situ. Perincian keluli pada sambungan IBS juga merujuk kepada asas yang sama seperti yang ditetapkan dalam kod rekabentuk. Sebagai contoh, Papak Separuh konkrit pratuang 65mm dengan tuangan tambahan konkrit in-situ 75mmakan mempunyai keteguhan struktur yang sama dengan papak konkrit tuang-in-situ 140mm selagi ia direkabentuk dengan kod rekabentuk dan menggunakan beban dan bahan yang sama. Beberapa bangunan IBS yang terawal dibina di Malaysia mungkin pernah menggunakan sambungan kering yang berkecenderungan untuk bocor dengan mudah berbanding sambungan. Walau bagaimanapun, kebocoran sebenarnya tiada kaitan dengan sistem IBS, tetapi sebaliknya adalah berkaitan dengan hasil kerja yang tidak memuaskan. Tanpa melakukan kerja konkrit dan kerja kalis air dengan sempurna, pembinaan tuang-in-situ juga boleh berlaku kebocoran. Sungguhpun diperbuat dengan tahap kualiti paling tinggi, komponen Completely Knocked Down (CKD) kereta Mercedes Benz sekalipun akan mengalami kegagalan sekiranya kerja pemasangan tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul;

Apakah Kordinasi Modular? Adakah Ia Merupakan Satu Lagi Teknik Pembinaan?
Kordinasi Modular atau MC adalah sebuah sistem dimensi. Ia merupakan konsep koordinasi dimensi dan ruang di mana bangunan dan komponen di letakkan kedudukannya berasaskan kepada unit atau modul asas dikenali sebagai‘1M’ yang bersamaan dengan 100mm. Sebagai contoh, daripada menggunakan ukuran 2413mm, yang lebih sukar diukur, ia akan digenapkan kepada 2400mm. Penggunaan MC adalah satu faktor penting dalam aplikasi IBS secara berkesan kerana ia melengkapkan pengindustrian melalui pempiawaian dan peningkatan produktiviti.

Adakah Kita Mempunyai Standard Malaysia (MS) Bagi MC Dan Di Mana Saya Boleh Dapatkannya?
MS bagi MC dipanggil MS 1064 (Panduan Kepada Koordinasi Modular dalam Bangunan). Ia mengandungi 10 bahagian dan berasaskan kepada standard ISO yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Anda boleh membelinya daripada SIRIM Berhad, ejen yang dilantik oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM) untuk membangun, mengedar dan menjual Standard Malaysia.

Adakah Benar Bahawa Dengan Menggunakan MC, Kita Menghadkan Bangunan Kepada Bentuk Empat Persegi Sahaja?
Tidak benar sama sekali. Ia bergantung kepada daya kreativiti dan pilihan perekabentuk. Rekabentuk kuarters JKR yang dibina menggunakan ukuran MC dan kaedah IBS adalah buktinya. Begitu juga dengan beberapa rekabentuk bangunan lain yang dibina di negara maju seperti Perancis, Singapura, Denmark dan Finland; Sebenarnya, kebanyakan bangunan awal yang dibina menggunakan MC dan IBS adalah bangunan yang dibina sekitar tahun 1960an, berikutan program pembangunan semula selepas zaman perang yang dilakukan dengan pesat. Pada masa itu, rekabentuk seni bina minimalis menjadi pilihan; dan dengan demikian wujudlah banyak bangunan berbentuk empat persegi dan fasad yang minimal.

Bagaimana MC Digunakan Bagi Rekabentuk Rumah Teres? Ini Kerana Tapak Tanah Telah Dibahagikan Kepada Bahagian Yang Lebih Kecil Berasaskan Kepada Ukuran Imperial.
Di samping menggalakkan penstandardan dan produktiviti, MC telah dibangunkan oleh ISO bagi mempermudah penukaran dimensi Imperial kepada Metrik. Panduan bagi penggunaan MC di tapak yang dibahagikan kepada beberapa tapak kecil disediakan dalam “Modular Coordination Notes; Implikasi Koordinasi Modular Dalam Undang-undang dan Peraturan Bangunan” dan “Modular Design Guide”. Features

Adakah Sebarang Latihan Mengenai IBS dan MC Disediakan?
Ya, kami mempunyai sesi latihan secara kerap untuk rekabentuk konkrit pratuang serta MC. Kami juga merancang untuk memulakan kursus rekabentuk keluli. Sila hubungi kami melalui e-mel di ibs@cidb.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini.

Saya Dengar Dalam Ucapan Bajet 2005, Projek Perumahan IBS Dikecualikan Daripada Membayar Levi CIDB. Adakah Fakta Ini Benar?
Projek perumahan dengan kandungan IBS (IBS Score) yang minimum iaitu sebanyak 50% akan diberi pengecualian oleh CIDB daripada membayar levi. Panduan bagi pengiraan IBS Score disediakan dalam penerbitan: Manual for IBS Content Scoring System (IBS Score). Sila hubungi Unit Levi di talian 03-2617
0200 bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai permintaan untuk mendapatkan pengecualian levi.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Bahan Rujukan Mengenai IBS dan MC?
Kami menawarkan pelbagai jenis penerbitan mengenai IBS dan MC. Ini termasuk Standard Industri Pembinaan,
katalog produk, manual dan prosiding.Anda boleh membelinya dari semua Pejabat CIDB Negeri atau Wilayah serta dari kaunter di Tingkat 7, Ibu Pejabat CIDB di Kuala Lumpur. Beberapa penerbitan lain juga tersedia untuk dimuat turun secara percuma daripada laman web kami di: www.cidb.gov.my

Ir. Shahrul Nizar Shaari
Pengurus, Bahagian Pembangunan
Teknologi, CIDB Malaysia.

Sumber : http://www.cidb.gov.my/cidbweb/information/publ/IBS%20Digest%202005%20-%203.pdf

Tanya Sama Hati

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Bagaimana memasukkan gambar ke dalam Photoshop

Bagi mereka yang baru dengan photoshop tetapi biasa menggunakan komputer, mungkin akan menemukan jalan keluar akhirnya. Tetapi bagi mereka yang sebaliknya, tentu terpinga-pinga. Di sini saya akan cuba menerangkan bagaimana untuk memasukkan gambar untuk diedit atau diubah suai ke dalam photoshop. Tetapi sebelum itu ingin saya ingatkan hanya format tertentu yang boleh dimasukkan ke dalam photoshop iaitu:
1. JPEG (jpg, jpeg, jpe)
2. PNG
3. BMP (bmp, rle, dib)
4. GIF
5. TIFF (tiff,tif)
6. Pixar (pxr)
7. Photoshop PDF (pdf, pdp)
8. Targa (tga, vda, icb, vst)
9. Photoshop (psd), dan lain-lain. (format-format di atas adalah selalu digunakan, sebenarnya banyak lagi format-format gambar)

Ok selepas kita buka perisian Photoshop, sila pergi ke file dan klik, kemudian pergi ke open dan klik (lihat gambar di bawah)


Apabila anda klik open tadi, maka akan keluar kotak window untuk mencari file. (lihat gambar di bawah)


Setelah selesai mencari gambar yang hendak diedit, klik butang open yang berada dibelah kanan bawah. Dan gambar yang dipilih itu akan muncul. (lihat gambar di bawah)


Lihat, mudahkan? Ok, sebagai tambahan, tunjukkan bagaimana untuk menaip ke dalam gambar yang hendak diedit. Caranya ialah pergi tools dan klik ke icon berbentuk T. (lihat gambar di bawah)


Dan sekarang bawa mouse ke gambar dan pilih tempat yang hendak ditaip samaada di bawah atau di atas dan kemudian klik. Sekepas itu akan muncul kotak garis putus-putus menunjukkan untuk ditaip. Disitu anda boleh taip. Apabila sudah selesai menaip, pastikan anda pergi ke papan tools dan klik ke icon yang berbentuk anak panah. (lihat gambar di bawah)


Ok untuk siapkan gambar yang telah diedit, pergi ke file dan klik, kemudian klik save. Selepas anda klik save, akan muncul kota window untuk anda mencari lokasi untuk letakkan hasil kerja anda yang sudah siap.(lihat gambar dibawah)



sebelum klik butang save, pastikan format yang hendak disave dahulu, seperti gambar diatas saya akan pilih format jpeg kerana iformat ini mudah digunakan. Dan klik save!

Sekarang sudah siap. Langkah seterusnya untuk menggunakan photoshop, saya akan terbitkan kemudian. Selamat mencuba!

Sumber : http://kedaigambarku.co.cc

29 October 2008

Malam Bulan Dipagar Bintang

Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
Mmm.. mmm...Mmm.. mmm...
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

27 October 2008

'Kete'



Inilah koleksi 'kete' yang Zafran dapat sempena Ulangtahun ke-1. Dapat sampai 4. Tak tau laa nak guna yang mana satu. Mula-mula mama dah plan nak belikan satu. Nampaknya mama kena beli barang yang lain laa. Anyway, thanks to nenek, opah, pak long & uncle yang keje kat KLIA tu ... sorry laa tak tau nama ...

24 October 2008

Ayam Kampung


Kedai Makan Nasi Ayam Kampung Restoren Tuan Faridah di Bukit Puchong merupakan salah satu 'port' makan semasa bekerja di Putrajaya. Bukan nak promote tapi ternyata memang ada keistimewaannya. Cuba dulu baru tahu. Ada yang siap 'tapau' bawak balik. Kalau lewat sampai, samada lauk pauk dah abis atau kena tunggu 'turn' nak cari meja makan, Kalau tak salah, kedai makan nie hanya tutup pada hari Jumaat sahaja. Boleh laa pekena ayam kampung masa hari minggu. Anyway, selamat mencuba.

21 October 2008

Ayam Den Lapeh

20 October 2008

Baju Lebah

Hari ini Papa plan nak bawak mama ngan Zafran gi 'open house' makcik Matun di Ampang dan makcik Shima di Putrajaya. Tengah dalam bersiap, makcik Yan datang rumah. Terima kasih coz datang. Zafran ngan baju lebah !!! Ada ker patut gi beraya pakai baju lebah? Hishh tak pernah orang buat. Tak pe .. Aiman tak kisah ... Selepas balik gi rumah makcik Matun, otw gi umah makcik Shima nenek Zafran dah sampai rumah. Nak tak nak kena balik Shah Alam dulu. Tak pe laa malam nanti kalau tak de aral melintang kita gi Putrajaya lak.

18 October 2008

First Birthday Baby's


Hari ini genap Zafran setahun. Cepat betul masa berlalu. Papa ngan mama doakan semoga Zafran dipanjangkan umur, sihat wal'afiat dan jangan nakal-nakal tau. Papa ngan mama amat sayangkan Zafran. Sempena hari ulangtahun Zafran yang pertama kali, papa ngan mama takde laa buat parti cuma jemput opah, mama ina sekeluarga, kawan-kawan papa ngan mama ... buat makan-makan. Yang best mama ina sponsor sate. Anyway terima kasih kepada semua yang hadir dan sudi memberikan hadiah.

Jamuan Raya JKR Selangor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...