30 October 2008

404 Projek Guna IBS Dilulus Hingga 15 Oktober - Zin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan meluluskan sebanyak 404 projek menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan kos RM9.4 bilion sehingga 14 Okt lepas, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed. Beliau berkata ia meliputi pelaksanaan projek pembangunan dan perumahan rakyat oleh agensi-agensi kerajaan seperti yang telah ditetapkan iaitu menggunakan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan IBS dalam projek-projek itu.IBS adalah teknik pembinaan yang melibatkan pemasangan di tapak binaan komponen-komponen pra-tuang atau pre-fabrikasi atau pasang siap. Ia berintensifkan teknologi mekanisme dan automasi.Bercakap kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada kontraktor Zon Tengah mengenai Pengiraan Perubahan Harga di sini hari ini, Mohd Zin juga berharap sektor swasta akan turut serta menggunakan kaedah IBS."Jika tidak dinaiktaraf kepada IBS, maka selama-lamanya kita akan bergantung kepada tenaga pekerja asing," katanya.Mohd Zin berkata pada 2009 hingga 2010 pula, sebanyak 121 projek lagi yang menggunakan kaedah IBS akan ditender.Sementara itu, Mohd Zin berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyasarkan untuk melatih kira-kira 100,000 tenaga kerja mahir di Akademi Binaan Malaysia (ABM) tahun depan."Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk latihan itu yang melibatkan ABM di Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak," katanya.-- 29 Oktober, 2008 - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...