04 October 2008

Raya 2008

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa akhirnya Syawal tiba. Tahun nie aku sekeluarga beraya buat pertama kali di Triang, Pahang (belah keluarga isteri). Tahun lepas beraya di Shah Alam coz isteri tengah sarat mengandung Zafran. Buat pertama kali, Zafran dapat beraya dengan penuh bergaya. Siap berbaju melayu, bersongket dan bersongkok. Selepas solat Aidilfitri, sempat juga bersalam-salaman dan memohon kemaafan antara keluarga. Kemudian bertolak ke Kuala Mai dan Kuala Krau untuk menemui keluarga nenek angkat dan kakak ipar.Sempat juga, ke rumah kekawan isteri yang berdekatan. Dari pagi hingga malam ... letih tak leh cakap. Esoknya aku demam. Banyak makan daging kot. Di kesempatan ini, aku sekeluarga memhon ribuan kemaafan jika ada terkasar bahasa, mohon halal mana yang termakan dan terminum. Terima kasih di atas kiriman SMS yang henti-henti sehingga buat pertama kali inbox SMS HP aku penuh. Dah sampai limit. Kena delete dulu. Jemputlah datang ke rumah. Salam Aidilfitri buat semua ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...