24 November 2008

Kelahiran

Tahniah kepada pasangan Rosniwati dan Lan di atas kelahiran cahayamata ke-2 pada 13hb November 2008 di Hospital Putrajaya. Yang pertama lelaki dan kali ini perempuan.

23 November 2008

Sentiasa Bersama Anda / Always With You


Lebuhraya Pantai Timur

Lebuhraya PLUS Utara

Perkampungan Buah-Buahan Tropika Bukit Gantang Selatan

Majlis Perkahwinan Taiping, Perak

20 November 2008

Ulang Tahun Ke-2

Papa sayang mama. .. Hari ini genap dua tahun aku mendirikan rumahtangga bersama mama. Tanggal 19/11/2006 kita disatukan. Rasanya macam terlalu cepat masa berlalu. Dengan kelahiran Muhammad Zafran Alif menambahkan keceriaan rumahtangga kita . Mudah-mudahan jodoh kita berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Insya Allah.

Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Mahathir

PUTRAJAYA 19 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.
Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap 'menyerang' bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.
''Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.
''Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri," katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.
Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.
Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.
''Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.
''Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.
''Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka," katanya.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini.
''Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India," katanya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.
''Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.
''Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika," katanya.
Sementara itu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin menghadapi risiko tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gejala politik wang dalam parti itu gagal dibersihkan.
Beliau menegaskan, jika sebelum ini rakyat beralih kepada parti pembangkang disebabkan pemimpin tertentu dalam kerajaan, mereka tidak mustahil akan menolak seluruh calon BN yang didapati memenangi pemilihan parti dengan cara rasuah.
Sehubungan itu, kata beliau, adalah tidak berguna sekiranya para pemimpin UMNO berebut-rebut untuk memenangi pemilihan parti pada Mac depan termasuk melalui cara rasuah tetapi parti kecundang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
''Jadi penolakan terhadap UMNO bukan suatu yang mustahil, kemungkinan besar kerana rakyat sekarang pandang jijik kepada UMNO.
''Kalau dulu UMNO didokong oleh rakyat, mereka bersedia memberikan sokongan kepada UMNO dan BN tetapi hari ini pandangan rakyat sudah berbeza, sekarang saya fikir rakyat sudah benci dengan semua pemimpin kerana mereka terlibat rasuah.
''Rakyat pandang UMNO yang meletakkan calon-calon yang menang dalam pemilihan parti merupakan calon yang rasuah, adakah parti akan mendapat undi?," katanya pada program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga membidas pandangan segelintir pihak yang menyatakan orang luar daripada UMNO tidak wajar mencampuri dan mengambil perhatian tentang apa yang berlaku dalam parti tersebut.
Ini kerana katanya, selama ini UMNO dan BN berjaya memenangi semua pilihan raya umum lalu bukan sekadar dengan sokongan ahli-ahli parti sebaliknya atas dokongan rakyat yang menyokong dasar serta perjuangan parti tersebut.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, pemimpin yang mengamalkan politik wang perlu disingkirkan daripada menduduki jawatan-jawatan penting parti bagi mengelakkan pandangan buruk rakyat yang berada di luar parti.
''Sudah tentu tidak semua pengundi gila tetapi ada yang masih waras, mereka akan tolak calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan inilah nasib yang sedang menunggu untuk mereka yang keluarkan wang yang banyak," katanya.
Dalam pada itu, beliau berpandangan, pelan peralihan kuasa yang ditetapkan oleh UMNO tidak akan memberikan kesan sekiranya ia hanya membabitkan pertukaran pemimpin secara fizikal.
Sebaliknya, jelas beliau, peralihan kuasa itu mesti melibatkan pertukaran dasar-dasar yang sebelum ini didapati menjadi punca kebencian rakyat dan kerugian kepada negara serta menyebabkan UMNO menjadi lemah.
''Untuk bersihkan UMNO kita perlu kepada pemimpin yang berani dan bukan lebih mirip kepada hendak menjaga air muka orang lain.
''Oleh itu peralihan kuasa tidak hanya dalam bentuk tubuh badan sahaja tetapi mesti melibatkan segala dasar yang dibenci oleh rakyat, jika tidak peralihan itu akan menjadi sia-sia sahaja, kalau teruskan rakyat akan tolak kepimpinan UMNO," tegasnya.
Sementara itu pada sesi soal jawab, Dr. Mahathir menegaskan beliau akan cuba membantu ahli-ahli UMNO memerangi rasuah politik dalam parti termasuk menghubungi Lembaga Disiplin parti dan menghantar laporan mengenai gejala itu kepada badan tersebut.
''Saya juga boleh masukkan nama-nama mereka yang dilaporkan terlibat dengan politik wang dalam laman blog saya," katanya.
Utusan Online - 20 November 2008

17 November 2008

Majlis Kesyukuran

Khaidir jemput ke rumah sempena 'rumah baru' kat Taman Kajang Baru. Seronok dapat jumpa member-member opis lama walaupun tak ramai. Mudah-mudah hubungan silaturrahim antara kita berkekalan walau di mana jua. Yang penting, jangan lupa aku udah ler. Pas nie tunggu sorang lagi pindah rumah baru kat Putra Perdana.

15 November 2008

Semalam di Bandaraya Melaka

Aktiviti malam ke-2

13 November 2008

Semalam di Cowboy Town

Aktiviti malam ke-1

Aktiviti Malam memang tak de dalam jadual. Aktiviti bebas dan terpulang pada masing-masing. Lepas dinner terus serbu ke Cowboy Town. Harga nak masuk leh tahan. Hmmm ... boss nak 'sponsor' ... Apa lagi ... Kat dalam macam-macam ada. Mungkin malam ini tak meriah sangat coz bukan cuti hujung minggu atau cuti sekolah. Tapi bunga api tetap ada. Mainan kat dalam macam kat Fun Fair. Baling gelang, baling tin, dart dll. Satu game RM4.00. Sempat laa kitaorang gi tengok wayang 3D (tayangan lebihkurang 10 minit) ... pastu gi main bowling. Sedar tak sedar dah kat kul 2.00 pagi. Pastu sempat lagi pekena 'makan larut malam'. Balik condo, letih tak terkata. Tangan pun naik kebas sebab dah lama tak pegang bola bowling.

A'Famosa Cowboy Town Outlets
Angelic Massage (Body & Foot)
Coyote The Club, Disco Pub
Beer Garden
The Ranch Steak House
Huang Di Chinese Restaurant
Bowling Centre
Retail Shops
Children Theme Park
Carnival
Red Indian Show

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.afamosa.com/

Program Latihan CPM


Program Latihan CPM ini memperkenalkan dan memantapkan para peserta kepada kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan aplikasi Mircosoft Project dengan berkesan. Perisian ini membolehkan kita melakukan pelan perancangan, mengisi dan mengurus semua butiran yang perlu disiapkan mengikut susun atur untuk mencapai okbjektif projek. Boleh membantu di dalam persediaan dokumen projek, jejak kemajuan, menganalisis kos, menilai kualiti projek dan mengurus banyak projek di dalam sesuatu masa. Nasib baik kursus dijalankan secara 'hands on' ... Kalau tak alamatnya banyak yang lelap. Jutaan penghargaan kepada Izham Abdul Wahab di atas tunjur ajak yang diberikan dan memang amat berguna. Walaupun tempat kursus, A' Famosa Resort Melaka boleh dikatakan jauh dari bandar, macam-macam aktiviti ada kat dalam. Itupun hanya sempat ke Cowboy Town. Maybe lain kali ke Water World ... bawak family sekali baru seronok .. Yang penting, kocek kena laa tebal sikit. Aku dah ada rancangan untuk Kembara akan datang .... sewa banglo kat resort ini .... siap dengan private swimming pool. Tak sempat survey harga .. dengar-dengar lebih RM1000. Kalau ada 5 family, kira-kira RM200.00 .... kira ok laa tu kot....



Pecah Rumah

Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi anak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamt rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam boleh diperolehi di sini.

Bagaimana boleh berlaku

  • Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
  • Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
  • Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
  • Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
  • Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
  • Menggunakan kunci pendua

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

  • Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
  • Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
  • Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
  • Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
  • Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
  • Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
  • Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
  • Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan

  • Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
  • Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
  • Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
  • Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
  • Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
  • Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
  • Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
  • Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/bangunan.
  • Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
  • Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat apabila berlaku pecah rumah

  • Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
  • Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.
Sumber : Laman Web PDRM - http://www.rmp.gov.my

12 November 2008

Cara terbaru mencuri kereta

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN


Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Info : Emel

11 November 2008

Nurfitri Binti Senin & Mohd. Redza Bin Saad


Walimatul Urus
Nurfitri Binti Senin & Mohd. Redza Bin Saad
Ahad, 14 Disember 2008 bersamaan 16 Zulhijjah 1429H
Bandar Baru Bangi, Selangor

Dugaan ....


Lebih kurang jam 6.00 petang aku sampai di rumah. Entah mengapa hari ini semua staff kat opis pong balik awal. Cam biasa sampai umah ingatkan nak berehat. Masuk rumah tiba-tiba rasa dah lain. Kenapa berselerak kat laci tv. Dalam hati kata mungkin pagi tadi zafran tolong 'kemas'. Tiba-tiba masuk bilik tidur dan bilik pc ... habis laci kena selongkar. Rumah aku kena pecah masuk. Perasaan cuma tuhan saja yang tahu. Aku terus call mama. Mama masih kat opis. Tak pe sekejap lagi sampai. Aku terus call Guthrie maklum rumah kena pecah masuk. Kebetulan jiran depan keluar. Aku tanya samada nampak apa-apa sepanjang hari ini. Aku jangka diaorang masuk dari area balkoni tempat letak mesin basuh dengan ampaian. Memang sah! Mangga kat grill tu kena potong. Lagipun pintu masuk memang tak de tanda-tanda kena pecah.
Dua budak security datang. Biasa laa diaorang tak boleh buat apa-apa. Aku sambil-sambil tengok-tengok apa yang hilang. Yang nyata, satu set walkie talkie kenwood aku (baru beli) kena kebas ngan charger sekali. Tak lama kemudian mama sampai. Confirm gelang (mak mertua bagi) ngan dua cincin (aku bagi masa tunang n kawen) dah kena kebas. Duit syiling untuk Zafran >RM 200 pong dah kena sapu. Zafran biar tinggal jap kat umah pengasuh, aku ngan mama gi Balai Polis Bukit Jelutong buat report. On the way baru teringat RM500 aku simpan untuk pergi kursus kat Melaka mula Khamis nie. Laci tempat aku simpan duit tu rasanyer tadi kena selongkar jugak. Nak buat macam mana. Pegawai bertugas ambil report aku. Ingat dah settle. Rupa-rupanyer kena gi IPD Shah Alam Seksyen 11 bawak report jumpa pegawai penyiasat. Sampai kat IPD, rupa-rupa sarjan bertugas dah tunggu dan aku kena bagi beberapa keterangan. Selepas tu, aku kena balik rumah tunggu pegawai lain datang untuk ambil gambar dan cap jari. Belum aku sampai rumah, pegawai terbabit dah sampai.
Masuk rumah, pegawai terbabait ambil gambar dan mencari bahan yang mungkin boleh dapat cap jari. Seperti cerita dalam CSI, serbuk berwarna hitam diberus ke atas bahan bukti. Mengikut pegawai terbabit, diaorang nie mungkin menggunakan sarung tangan berdasarkan tanda-tanda di atas bahan bukti. Sukar untuk dapat cap jari. Cuma ada dua itupun masih tak pasti milik siapa. Lepas ini kena laa tunggu hasil siasatan. Dalam masih mereka buat kerja, dapat panggilan telefon. Rupa-rupanya ada kes pecah rumah di blok yang lain.
Selera makan aku memang dah tak de. Tak lalu. Malam nie jugak terus pergi TESCO borong mangga dan sewaktu dengannya. Mudah-mudahan tak berlaku lagi. Insya Allah
* Rupa-rupa pencuri sempat bawak lari coklat bar (mak baru bagi masa balik dari langkawi) ngan epal dalam peti sejuk. Lagi satu, semua minyak wangi aku ngan mama pong kena kebas. Bukan semua jenis yang mahal pong. Ada tu dah tinggal tak sampai suku botol pun dia berminat. Entah apa spesis diaorang nie
* Yang pelik, kamera dslr ngan 2 videocam tak lak ambil.
Updated
* Rupa-rupanya semalam ada 3 kes pecah rumah termasuk rumah aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...