08 November 2008

Pelaksanaan Industrialised Building Systems (IBS)

Pengenalan kepada IBS
Sistem Binaan Berindustri bermaksud satu sistem atau kaedah pembinaan yang mana komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan menggunakan pekerja yang minimum di tapak.

Syarat-syarat Kontrak
Maklumat lanjut mengenai Syarat-Syarat Kontrak IBS boleh didapati daripada lampiran ini.

Perolehan/Tender

Garis Panduan Penyediaan Dokumen Tender

Pengenalan
Garis panduan ini bertujuan untuk menggariskan panduan bagi penyediaan dokumen tender untuk perlaksanaan IBS di JKR. Garis panduan ini memberi penerangan mengenai tatacara penyediaan dokumen tender untuk perlaksanaan projek secara IBS.

Kaedah Perolehan
Selaras dengan arahan Kerajaan untuk menambahkan peratusan komponen IBS dalam rekabentuk dan pembinaan projek-projek Kerajaan, satu kaedah perolehan telah dirangka di mana terdapat tiga (3) jenis pemanggilan tender boleh dilaksanakan, iaitu:

Alternatif 1: Rekabentuk sediada kepada IBSReka & Bina tetapi telah mempunyai rekabentuk konvensional yang perlu ditenderkan dengan segera. Kaedah ini ialah:

  • Kerajaan akan memberikan rekebentuknya semasa proses tender kepada Kontraktor;
  • Kontraktor dikehendaki menukarkan rekabentuk konventional tersebut kepada rekabentuk berasaskan komponen IBS yang akan dijadikan asas utama tender;
  • Kontraktor perlu mengemukakan dua harga tender yakni satu berasaskan IBS sebagai asas harga tender utama dan harga rekabentuk konventional sebagai perbandingan harga sahaja. Walaubagaimanapun jika Kontraktor hanya menawarkan salah satu harga tender sahaja, maka Kontraktor tersebut tidak layak diperakukan untuk disetujuterima.
  • Jika Kerajaan berhasrat untuk menerima tawaran Kontraktor yang berasaskan harga konventional, maka satu Surat Niat hendaklah dikeluarkan kepada Kontraktor yang berjaya sebagai tawaran alternatif.

Alternatif 2: Tender secara Reka dan BinaReka & Bina: Tiada Rekabentuk dan pelaksanaan projek perlu disegerakan tetapi sebelum dibuat pemanggilan tender hendaklah dilaksanakan proses pra-kelayakan bagi memastikan hanya Kontraktor yang berkelayakan dan berkemampuan sahaja yang akan menyertai tender tersebut; dan

Alternatif 3: Rekabentuk IBS sepenuhnya Tender konventional: Rekabentuk sediada dengan menggunakan komponen IBS yang direkabentuk oleh Kerajaan berasaskan system IBS terbuk

Carta Aliran Kaedah Perolehan IBS

Muat turun Carta Aliran Kaedah Perolehan IBS.

Kandungan Dokumen Kaedah Pelaksanaan IBS

Muat turun kandungan dan tatacara penyediaan dokumen tender untuk Kaedah Pelaksanaan IBS.

Dokumen-dokumen berkaitan Pelaksanaan IBS
Muat turun
dokumen, borang tender, arahan kepada pentender, lampiran dan spesifikasi berkaitan dengan Kaedah Pelaksanaan IBS.

Pertanyaan dan maklumbalas
Tatacara penyediaan dan contoh dokumen tender bagi ketiga-tiga alternatif perolehan ini boleh dirujuk kepada Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan dengan
menghantar email atau dengan menulis kepada:

Pengarah Kanan
Cawangan Kontrak & Ukur Bahan

Ibu Pejabat JKR Malaysia
Aras 14, Menara Tun Ismail Mohd Ali
No. 25, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-2616 5033
Faks: 03-2697 7157

Sumber : Capaian dari Laman Web Jabatan Kerja Raya Malaysia
http://www.jkr.gov.my/v2/english/contractInfo/ibs.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...