31 December 2008

Perfume Mahal

Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi lar menyampah giler mamat tu.
Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu."Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..," kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif........

Salah Tafsiran

Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka di bawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!" bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.Akhirnya situasi menjadi tenang.
Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya tinggal 4 orang!!! "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?""Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la.""HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?""Kan kami nie pemain simpanan...".

25 December 2008

Taman Burung Kuala Lumpur


14 December 2008

Fitri & Redza

Firman Allah S.W.T " Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, DIA menciptakan untuk kamu isteri dari jenismu supaya kamu tenteram bersamanya. Dan menjadikan cinta kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir "Surah Ar-Rum: Ayat 21

'Selamat Pengantin Baru' kepada pasangan Nurfitri Binti Senin & Mohd. Redza Bin Saad yang telah mengadakan Majlis Raja Sehari pada hari Ahad, 14 Disember 2008 bersamaan 16 Zulhijjah 1429H di Bandar Baru Bangi, Selangor.





Aksi pengantin 'brutal'

Anggur ....

Tak perlu nak gi 'oversea' semata-mata nak tengok pokok ngan buah anggur. Sekadar ke Lestari Putra, Seri Kembangan. Rumah akak aku. Hehehe ... Masih tak percaya. Pokok anggur nie sepupu yang bagi. Dapat dua pokok tapi satunya dah mati. Mula-mula takde laa ambil kisah sangat. Sekejap macam hidup, sekejap macam mati. Sampai sekarang beg hitam (beg semaian) tu tak bukak-bukak. Nie dah kali kedua pokok nie berbuah. Sekadar nak merasa, boleh laa. Takde laa sampai boleh eksport Anggur Malaysia lak.


11 December 2008

Putrajaya

10 December 2008

Penantian ...

Potong rambut ...

Mama dah beberapa kali pesan papa suruh potong rambut Zafran. Dah asyik mengaru jer ... Dengan bantuan 'Pak Tam' dapat jugak potong rambut Zafran. Bukan senang nak suruh Zafran dok diam. Nasib baik pakai mesin, kalau gunting mau sehari tak siap-siap.

Jom ambil gambar ...

STAY SAFE ONLINE!


How to ensure you are in M2U
  1. Key in the URL, never login via email links.
  2. Look for the padlock symbol in the M2U secured login / sign-in page and click on it to view the certificate.The padlock symbol is at the bottom status bar or in the address bar of the page.
Maybank DOES NOT request customers to key in or update their ID / Password / TAC, either through email or other notification.

02 December 2008

Phishing Alert

Dear Valued Customers,
Please do not respond to any emails, websites or notices via SMS that requires you to refresh, re-confirm or validate your CIMB Internet Banking information. It is a scam tricking you to disclose your CIMB Clicks UserID and Password. Responding to these emails and websites may lead to monetary losses from your account.
Please be informed that we will never require you to update or disclose any sensitive banking information (userID, password, TAC code, etc.) via email, SMS or any pop-up windows on Internet sites. Always access Internet Banking by entering the URL directly into your browser window, or via your saved list of favourite website addresses.
For more safety tips, please click on the �How to Stay Safe� online banner or go to http:www.cimbclicks.com.my/keepsave.htm.
From : CIMB Clicks Team

01 December 2008

Kursus Terengganu

Dari 26 hingga 30 Nivember 2008, aku berada di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu untuk Kursus Pengenalan IBS bagi pegawai-pegawai JKR Selangor. Kali ini pergi dengan kenderaan pejabat. Dari Kuantan sampailah ke Kuala Terengganu sepanjang perjalanan pergi hujan turun (ada sesetengah kawasan air dah naik) dan sepanjang hari kursus pun hujan tak berhenti-henti. Dah tak seberapa seronok lak .. Nak gi jejalan kat pantai, hujan ... lagipun laut tengah kuat bergelora. Hari last kursus, sempatlah memborong 'keropok lekor' kat Losong. Alhamdulillah, dalam perjalanan balik keadaan cuaca baik dan matahari muncul setelah beberapa hari hujan.

Dok Auu Gok !!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...