13 January 2009

Tahun 1990

Gambar kenangan nie diambil semasa aku di darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Benut, Pontian, Johor pada tahun 1990. Sekarang sudah tahun 2009. Maknanya sudah 19 tahun. Kalau nak cari aku senang jer .. cari siapa yang paling tinggi. Kekawan semua masing-masing membawa hala tuju sendiri. Ada yang masih tak putus khabar berita. Namun kepada yang lain-lain, jangan laa menyepi. Hantarlah berita. Mana tau kita boleh buat 'reunion' satu hari nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...