22 February 2009

Logo Yahoo!

Korang mesti tau dan mengenali apa tu Yahoo! kan ! Pendek kata, kalau nak search mana-mana web mesti gunakan Yahoo!. Cuma ada tak korang perasaan sesuatu yang 'unik' pada logo laman web tu. Tak payah cerita panjang lebar. Korang bukak www.yahoo.com, bawak cursor ke tanda seruan pada logo Yahoo! tu .. dan klik ! . Apa yang terjadi, sila beri komen ...
* mungkin dah ramai yang tau, just to share ....

Line Streamyx ... Joomla!


Apsal La rasa macam line internet minggu nie macam slow sangat ... Mengecewakan ... Asyik-asyik " Internet Explorer cannot display the webpage "... Connection internet yang slow atau kadang kala tersangatlah slow. Huh! Memang mengundang tahap kesabaran yang tinggi. Kira-kira hampir terbantut laa nak try belajar guna Joomla! Apa tu Joomla?


Joomla adalah satu Sistem Pengurusan Kandungan atau lebih dikenali dengan Content Management System (CMS). Sistem ini telah dibangunkan oleh Open Source Matters atau (OSM). Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcara PHP (Hypertext Preprocessor) dan pengkalan data MySQL. Sistem ini telah dilancarkan dengan menggunakan lesen dari GNU/GPL(Free Software). Sekarang dengan jumlah komponen dan modul tambahan hampir mencecah 10,000. Ini memudahkan kepada semua pengguna.
Sistem ini telah diedarkan secara percuma, dan ia menjadi salah satu sebab mengapa sistem ini menjadi pilihan kepada pihak individu atau korporat. Pada awalnya sistem ini lebih digunakan oleh pihak individu sahaja untuk membangunkan laman peribadi. Sekarang khususnya di Malaysia terdapat beberapa Syarikat kecil dan besar telah menggunakan sistem Joomla untuk membangunkan laman untuk syarikat mereka. Malah sekarang terdapat beberapa Badan Kerajaan telah menggunakan sistem Joomla untuk laman Jabatan mereka. Seingat aku, masa nak tinggalkan KTAK. Diaorang dah plan nak guna Joomla! untuk web JBA. Rugi tak sempat nak masuk kursus. Terbukti dalam masa setahun, sistem Joomla telah mendapatkan perhatian kepada pereka dan pembangun laman di Malaysia.

Apa yang penting dalam nak guna Joomla! ialah PHP Precompiler, MySQL Database dan juga Apache Web Server. Setakat nie cubaan guna pc sebagai server berjalan dengan lancar. .Lepas nie boleh beli domain name dan juga web hosting. Itupun kalau sempat khatam ilmu semuanya. Jangan tak sampai satu hari web dah kena hack.

15 February 2009

Puteri Gunung Ledang The Musical


Aku ngan mama dapat menonton Puteri Gunung Ledang The Musical kat Istana Budaya dan apa yang boleh aku katakan adalah WOW!.. Thanks Ijam.

14 February 2009

Le Tour de Langkawi 2009 - Shah Alam


Kek



Hari ini mama buat kek. Ye laa, dah dapat mixer ngan oven baru. Buat permulaan buat kek segera jer laa. Nanti kalo ada masa mama buat laa kek yang best-best ye.

Pokok Lada

Dah lama aku tak 'update' blog. Aku mulakan dengan projek Lada. Nampaknya semaian lada aku menjadi sepertimana yang dirancang. Kalau tak de masalah, adalah lebih kurang 10 anak pokok lada. Yang masalahnya, bekas ada dua. Takkan semua pokok lada tu nak membesar dalam tempat yang sama. Kena carik bekas lain. Nak tanam kat tanah ... al maklum rumah sewaku semuanya lantai konkrit ... duduk rumah bertingkat macam nie laa... Tak leh nak bercucuk tanam. Mama pun dah fikir nak tanam macam-macam. Kalu macam tu, papa kena laa carik rumah atas tanah... Tunggu laa .. Mana tau ada rezeki nanti. Insya Allah ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...