14 February 2009

Pokok Lada

Dah lama aku tak 'update' blog. Aku mulakan dengan projek Lada. Nampaknya semaian lada aku menjadi sepertimana yang dirancang. Kalau tak de masalah, adalah lebih kurang 10 anak pokok lada. Yang masalahnya, bekas ada dua. Takkan semua pokok lada tu nak membesar dalam tempat yang sama. Kena carik bekas lain. Nak tanam kat tanah ... al maklum rumah sewaku semuanya lantai konkrit ... duduk rumah bertingkat macam nie laa... Tak leh nak bercucuk tanam. Mama pun dah fikir nak tanam macam-macam. Kalu macam tu, papa kena laa carik rumah atas tanah... Tunggu laa .. Mana tau ada rezeki nanti. Insya Allah ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...