02 March 2009

Round Tour Melaka

Program asal ke Melaka nie bersama-sama ex-officemate KTAK. Tapi nak buat macamana... last minit masing-masing tak dapat pergi. Sebelum nie memang plan nak bawak family gi jalan-jalan ke Melaka, cuba minggu nie ada kesempatan. Mula-mula sampai cari hotel. Kira main redah jer ... . Cadang nak stay kat Seri Malaysia tapi dah fully book. Mungkin sebab Jom Heboh kot ... Kalau tak dapat kira one day trip ke Melaka, past tu balik Shah Alam. Sebelum nie dah survey kat website mana-mana hotel kat Melaka. Cuma tak call jer... Namun dah rezeki, masih ada bilik lagi kat Naza Hotel. Harga boleh laa tahan ...
Dah check in, xpdc pong bermula. Tapi nak ke mana yer .. Lokasi pertama kitaorang sampai ialah Melaka River Cruise kat Taman Rempah .. Menyusuri Sungai Melaka dengan bot. Satu kepala RM10.00 kira-kira 45 minit ...

XPDC diteruskan lagi. Sasaran Dataran Pahlawan! Rupa-rupanya kat sini ada Menara Taming Sari. MZA beria-ia nak naik. Apa-apa pong pergi makan dulu. Dari tengahari perut tak berisi. Lepas makan carik tiket. Kena tunggu 8.00 malam baru mula. Alang-alang sampai kena laa tunggu. Sementara tu, berjalan-jalan sekitar A-Famosa dan sementara menunggu malam. Dari Menara Taming Sari dapatlah melihat pemandangan sekitar Melaka pada waktu malam. Dah naik kira-kira 80 meter. Rasa gayat jugak .. Lebih kurang 15 minit 'pusing-pusing di atas'... Satu kepala RM20.00. Tapi kalau ada myKAD dapat diskaun 50%. Jadik RM10.00.



Habis kat Menara Taming Sari, XPDC diteruskan ke Muara Ikan Bakar Pernu untuk makan malam. Sorry laa, gambar tak sempat ambil. nanti ada yang terliur melihat keenakan ikan siakap 3 rasa, sotong tepung, udang sambal dsb. Hehehehe
Hari kedua ... last day! Pagi kat ke mana-mana. Lepas check out XPDC hari ini diteruskan ke Ayer Keroh. Apa-apa kena isi perut dulu. Singgah kat Medan Selera R&R Ayer Keroh. Makan kat gerai No.6 Asam Pedas Melaka. Sasaran pertama singgah kat Jom Heboh. Laluan ke MITC dah sesak. Kira-kira kitaorang antara ribuan yang bersesak-sesak datang. Panas tak payah cakap.
XPDC diakhiri dengan ke Taman Buaya Melaka. Nampak sangat kawasan nie dah 'uzur'. Cuma yang ada tarikan lain, ada taman air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...