19 June 2009

06/06/2009 - Teluk Batik





Ini kali kedua MZA datang ke pantai Teluk Batik, Lumut. Pertama kali datang dulu punya laa takut. Cuma kali kurang sikit takutnya. Datang ke sini sambil piknik bersama pak/mak mertua ngan kak ipar aku. Memang ramai orang al maklum cuti sekolah. Siap ada yang berkhemah .... Seronok nyer .... Kat sini juga aku ngan geng KTAK (sekarang KTTHA) ikut Team Building kalau tak salah 2 tahun lepas. Rasanya cepat betul masa berlalu. Dalam tempoh yang sama MZA pun membesar. Adik MZA.... hehehe ... Mama MZA baru dapat kerja kat tempat baru. Dua bulan jadi suri rumah sepenuh masa. Biar laa keadaan stabil dan yang penting tahun ini target beli rumah. Takkan asyik bayar untuk orang lain kan ... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...