28 August 2009

Cornflakes Madu....

Kuih raya yang mama buat hari nie... Jika ada tempahan, sila hubungi ....

23 August 2009

Pasar Ramadhan @ Stadium Shah Alam

Terlebih dahulu, selamat berpuasa dan salam ramadhan dari aku sekeluarga. Terasa begitu cepat masa berlalu. Kini bulan Ramadhan kembali lagi. Di bulan puasa nie, kalau nak merasa apa-apa juadah, insya allah ada. Seperti kebiasaan tahun lepas, pilihan utama aku ialah pasar ramadhan di Stadium Shah Alam. Pendek kata, macam-macam ada. Yang penting, jangan diikutkan nafsu. Puasa sebulan .... makna ada lebihkurang 30 kali nak merasa makanan yang berbeza-beza. Jangan boros dan membazir. Sepanjang penelitian aku, alhamdulillah peniaga-peniaga kat sini menjaga kebersihan dan sampah. Walaupun kes penularan H1N1 semakin meningkat, kunjungan orang ramai tidak berkurangan. Sama-sama kita berdoa agar wabak ini berhenti dan tidak merebak lagi.


22 August 2009

Selamat Berpuasa ....


16 August 2009

Majlis Konvokensyen ke-12 UNITEN

16 Ogos 2009, adik bongsu aku telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Kepujian) di Majlis Konkensyen ke-12 UNITEN.


Malam sebelum itu, makan 'seafood' kat Bagan Lalang. Peghhh ... memang sedap. Ketam ada, udang ada, ikan ada, sotong ada ... Tapi apakan daya badan tidak sihat. Tak pe, lain kali datang lagi.

04 August 2009

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 JKR Selangor

JKR Selangor telah mengadakan Majlis Penganugerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2008 dan Sijil Penghargaan Pesara 2009 pada hari Selasa, 4 Ogos 2009 di Dewan Auditorium Jubli Perak, Shah Alam. Seramai 143 orang kakitangan JKR Selangor yang terdiri daripada 113 kakitangan negeri dan 30 kakitangan persekutuan menerima sijil penghargaan dan hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00 serta seramai 32 orang pesara menerima sijil penghargaan dan hadiah cenderahati berupa jam tangan atas sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan kepada kerajaan serta JKR Selangor khususnya yang telah disampaikan oleh Ir. Kamil Puat bin Nil, Pengarah JKR Selangor. Semoga program ini akan meningkatkan semangat dan iltizam kita ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...