04 August 2009

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 JKR Selangor

JKR Selangor telah mengadakan Majlis Penganugerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2008 dan Sijil Penghargaan Pesara 2009 pada hari Selasa, 4 Ogos 2009 di Dewan Auditorium Jubli Perak, Shah Alam. Seramai 143 orang kakitangan JKR Selangor yang terdiri daripada 113 kakitangan negeri dan 30 kakitangan persekutuan menerima sijil penghargaan dan hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00 serta seramai 32 orang pesara menerima sijil penghargaan dan hadiah cenderahati berupa jam tangan atas sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan kepada kerajaan serta JKR Selangor khususnya yang telah disampaikan oleh Ir. Kamil Puat bin Nil, Pengarah JKR Selangor. Semoga program ini akan meningkatkan semangat dan iltizam kita ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...