23 August 2009

Pasar Ramadhan @ Stadium Shah Alam

Terlebih dahulu, selamat berpuasa dan salam ramadhan dari aku sekeluarga. Terasa begitu cepat masa berlalu. Kini bulan Ramadhan kembali lagi. Di bulan puasa nie, kalau nak merasa apa-apa juadah, insya allah ada. Seperti kebiasaan tahun lepas, pilihan utama aku ialah pasar ramadhan di Stadium Shah Alam. Pendek kata, macam-macam ada. Yang penting, jangan diikutkan nafsu. Puasa sebulan .... makna ada lebihkurang 30 kali nak merasa makanan yang berbeza-beza. Jangan boros dan membazir. Sepanjang penelitian aku, alhamdulillah peniaga-peniaga kat sini menjaga kebersihan dan sampah. Walaupun kes penularan H1N1 semakin meningkat, kunjungan orang ramai tidak berkurangan. Sama-sama kita berdoa agar wabak ini berhenti dan tidak merebak lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...