20 September 2009

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri 1430H
Ingatan Tulus Ikhlas :
Masrul Khair Bin Mahmud, Noraizah Binti Mohamed Ghazali & Muhammad Zafran Alif

14 September 2009

Terhantuk ....

Ini cerita malam tadi. Lebih kurang 11.00 lama selepas balik dari Jusco shopping barang raya MZA, baru nak berehat, Mama menjerit. Muka MZA penuh darah. Rupa-rupanya dia terhantuk kat rak almari. Banyak juga darah yang keluar. Mula-mula tekap ngan kapas bagi darah berhenti. Nampak luka macam sikit sahaja. Lama-lama luka tu macam nampak koyak dalam. Nak tak nak, kena laa bawak gi jumpa doktor. Mana nak carik klinik bukak malam-malam nie. Klinik panel mama tutup pukul 10 malam. Jumpa klnik 24 jam kat Bukit Jelutong, kena laa tunggu doktor jap sebab doktor balik umah. On Call. Doktor tengok luka, cadang bawak terus ke hospital sebab luka tu kena jahit. Kat klinik kalau budak umur 8 tahun ke atas tak ada masalah. Nie budak 2 tahun. Terpaksa laa bawak gi hospital. Tak melengah masa terus ke Selangor Medical Centre. Terus masuk ke bahagian kecemasan. Bagus layanan kakitangan kat sini. Pegawai Perubatan cadangkan kalau jahit mungkin tak bagus sebab nanti ada parut, dia cadangakan gunakan jenis yang tampal. Aku nak sebut pong tak reti. Yang tak bernasib baiknya, barang tu pulak dah abis. So, dia cadangkan pergi ke Darul Ehsan Medical Centre. Apa boleh buat, terus ke DEMC. Sampai sana, dah jam 12.00 tengah malam. Ada beberapa pesakit luar. Kena laa tunggu sat. Pegawai Perubatan cakap luka tu tak payah jahit, guna gam saja. Dah cuci luka tu, satu tiub leleh macam gam kat luka tu dan siap. Tutup ngan kapas. Dia cadangkan buat x-ray mana tau kalau ada apa-apa kena kat kepala. Tunggu masa nak x-ray, mama ngan MZA dah terlelap. Dah x ray, pegawai perubatan panggil cakap tak de apa-apa yang hendak dirisaukan. Cuma kena tengok perkembangan MZA pasni demam ke .. dok diam jer ker ... Masuk kereta jer, MZA macam dah tak de apa-apa jer ... Tengok cergas jer ... Harap-harap tak de apa-apa. Pagi tadi risau jugak, kot-kot demam ker .. Alhamdulillah ok ...

11 September 2009

Gen2 terbakar ....

Kejadian ini berlaku berhampiran Lapangan Terbang Subang. Kemalangan 'langgar belakang' antara kereta Nissan Bluebird dengan Gen2. Yang malang, kereta Gen2 yang melanggar dari belakang mengalami kebakaran dan Kereta Nissan tu hanya rosak bumper belakang.

04 September 2009

Kursus Desktop Productivity - Microsoft Power Point Graphics & Presentation ( Tahap 1 & 2 )

Makmal Cyber Pusat ICT
Tingkat 2, Bangunan Sultan Slahuddin Abdul Aziz Shah
Shah Alam

01 September 2009

Patin

Minggu lepas sempat laa balik ke Triang, Pahang untuk berbuka puasa dengan family mama. Kebetulan pula, kehadiran lagi satu member dalam family mama. Mama dapat anak sedara perempuan . Maknanya bertambah lagi anak sedara dan kalo tak de aral melintang tambah lagi sorang anak sedara tahun nie lagi. Sempat laa juga aku singgah membeli ikan patin untuk di bawa balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...