14 September 2009

Terhantuk ....

Ini cerita malam tadi. Lebih kurang 11.00 lama selepas balik dari Jusco shopping barang raya MZA, baru nak berehat, Mama menjerit. Muka MZA penuh darah. Rupa-rupanya dia terhantuk kat rak almari. Banyak juga darah yang keluar. Mula-mula tekap ngan kapas bagi darah berhenti. Nampak luka macam sikit sahaja. Lama-lama luka tu macam nampak koyak dalam. Nak tak nak, kena laa bawak gi jumpa doktor. Mana nak carik klinik bukak malam-malam nie. Klinik panel mama tutup pukul 10 malam. Jumpa klnik 24 jam kat Bukit Jelutong, kena laa tunggu doktor jap sebab doktor balik umah. On Call. Doktor tengok luka, cadang bawak terus ke hospital sebab luka tu kena jahit. Kat klinik kalau budak umur 8 tahun ke atas tak ada masalah. Nie budak 2 tahun. Terpaksa laa bawak gi hospital. Tak melengah masa terus ke Selangor Medical Centre. Terus masuk ke bahagian kecemasan. Bagus layanan kakitangan kat sini. Pegawai Perubatan cadangkan kalau jahit mungkin tak bagus sebab nanti ada parut, dia cadangakan gunakan jenis yang tampal. Aku nak sebut pong tak reti. Yang tak bernasib baiknya, barang tu pulak dah abis. So, dia cadangkan pergi ke Darul Ehsan Medical Centre. Apa boleh buat, terus ke DEMC. Sampai sana, dah jam 12.00 tengah malam. Ada beberapa pesakit luar. Kena laa tunggu sat. Pegawai Perubatan cakap luka tu tak payah jahit, guna gam saja. Dah cuci luka tu, satu tiub leleh macam gam kat luka tu dan siap. Tutup ngan kapas. Dia cadangkan buat x-ray mana tau kalau ada apa-apa kena kat kepala. Tunggu masa nak x-ray, mama ngan MZA dah terlelap. Dah x ray, pegawai perubatan panggil cakap tak de apa-apa yang hendak dirisaukan. Cuma kena tengok perkembangan MZA pasni demam ke .. dok diam jer ker ... Masuk kereta jer, MZA macam dah tak de apa-apa jer ... Tengok cergas jer ... Harap-harap tak de apa-apa. Pagi tadi risau jugak, kot-kot demam ker .. Alhamdulillah ok ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...