30 March 2011

Kenderaan .....


Agak-agaknya lepas nie kena tulis
" SILA LETAK KENDERAAN ANDA DI SINI JIKA MAHU DILELONG "

Cuti Rehat

Cuti Rehat

Rujukan : Perintah Am 2, 7 hingga 11 dan 60 Bab ‘C’
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 Tahun 2005
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2008

Tujuan : Diberi untuk tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai.

Syarat :

  • Berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.
  • Diluluskan oleh Ketua Jabatan

Kadar :

a) Lantikan Sebelum 1 September 2005

Kumpulan/ Gred

Di Bawah 10 Tahun Perkhidmatan

Genap 10 Tahun Perkhidmatan Dan Lebih

Pengurusan Tertinggi

30 hari

35 hari

31- 54

30 hari

35 hari

21- 30

25 hari

30 hari

1 – 20

20 hari

25 hari

b) Lantikan Mulai 1 September 2005

Kumpulan/ Gred

Di Bawah 10 Tahun Perkhidmatan

Genap 10 Tahun Perkhidmatan Dan Lebih

Pengurusan Tertinggi

30 hari

30 hari

31- 54

30 hari

30 hari

21- 30

25 hari

30 hari

1 – 20

20 hari

25 hari

c) Terima Tawaran Opsyen Dan Lantikan Mulai 1 Januari 2009

Kumpulan/ Gred

Di Bawah 10 Tahun Perkhidmatan

Genap 10 Tahun Perkhidmatan Dan Lebih

Pengurusan Tertinggi

25 hari

25 hari

31- 54

25 hari

25 hari

21- 30

25 hari

25 hari

1 – 20

20 hari

25 hari

Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

Tarikh Kuat Kuasa : 1 November 2002 (PP Bil. 4 Tahun 2002), 1 September 2005 (PP Bil. 20 Tahun 2005), 1 Januari 2009 (PP Bil.14 Tahun 2008).

29 March 2011

Jenis-Jenis Saman Trafik

Sekadar berkongsi informasi ....




Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM




1. Notis Saman POL. 170A - Saman yang di-isu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak di-isu secara langsung kepada pesalah) Apa Itu POL.170A?




- Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.




1.1 Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-




1.1.1 Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas -Sek. 79 (2) APJ 1987



1.1.2 Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya - Sek.16(1) LN 166/59



1.1.3 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan - Sek. 16(2) LN 166/59



1.1.4 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan - Sek. 16(2) LN 66/59



1.1.5 Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala.- Sek. 16(3) LN 166/59



1.1.6 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. - Sek.12 (2) LN 166/59



1.1.7 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(2) LN 166/59



1.1.8 Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(3) LN 166/59



1.1.9 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung dan satu garisan putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59



1.1.10 Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu bersambung dan satu putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59



1.1.11 Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak mudah dicam/tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. - Sek. 14(4) APJ 1987



1.1.12 Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Sek. 20(1) APJ 1987



1.1.13 Salinan pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau ditempat duduk bagi motosikal.








2. Saman POL. 257 - Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan. Apakah Itu Saman POL. 257




2.1 POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-



2.1.1 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna jalanraya yang ada bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan



2.1.2 Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.



2.1.3 Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171

09 March 2011

Pembentukan Model Dan Hala Tuju Penyelenggaraan Kuarters di Putrajaya

08 March 2011

Kad bezday ....

Terharu apabila menerima kad ucapan dari Dato' Pengarah JKR Selangor

01 March 2011

BPH Putrajaya ....

1hb Mac 2011, aku mula bertugas di Unit Senggara Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya .... Ooooo Putrajaya .... setelah hampir 3 tahun kini kembali ke sini. Terlalu banyak memori dan kenangan di JKR Selangor. Insya allah .. mungkin satu hari nanti aku akan kembali ke JKR Selangor.
Sebelum ini memang tak pernah kisah mengenai BPH nie. Rupa-rupanya BPH ini menguruskan keperluan kuarters, ruang pejabat dan tempat istirehat supaya kondusif dan selesa untuk Anggota Perkhidmatan Awam serta menyelenggara, mengawalselia dan merancang hartanah milik Kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan katanya dalam website. Di sini aku ditugaskan mengurus dan memantau aduan, penyelenggaraan kuarters Presint 9 dan 17 dan kerja-kerja sewaktu dengannya.
Alhamdulillah, suasana kerja kat sini nampaknya ok. Staff pong ok-ok belaka. Kena laa sesuai diri dengan suasana kerja yang baru. Banyak perkara kena ingat, kena tahu, kena buat, kena semak ... Boleh kah .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...