01 March 2011

BPH Putrajaya ....

1hb Mac 2011, aku mula bertugas di Unit Senggara Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya .... Ooooo Putrajaya .... setelah hampir 3 tahun kini kembali ke sini. Terlalu banyak memori dan kenangan di JKR Selangor. Insya allah .. mungkin satu hari nanti aku akan kembali ke JKR Selangor.
Sebelum ini memang tak pernah kisah mengenai BPH nie. Rupa-rupanya BPH ini menguruskan keperluan kuarters, ruang pejabat dan tempat istirehat supaya kondusif dan selesa untuk Anggota Perkhidmatan Awam serta menyelenggara, mengawalselia dan merancang hartanah milik Kerajaan Persekutuan dengan cekap dan berkesan katanya dalam website. Di sini aku ditugaskan mengurus dan memantau aduan, penyelenggaraan kuarters Presint 9 dan 17 dan kerja-kerja sewaktu dengannya.
Alhamdulillah, suasana kerja kat sini nampaknya ok. Staff pong ok-ok belaka. Kena laa sesuai diri dengan suasana kerja yang baru. Banyak perkara kena ingat, kena tahu, kena buat, kena semak ... Boleh kah .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...