09 September 2011

Amanah Saham Didik ..

.:. Alhamdulillah, pagi tadi sempat buka pelaburan Amanah Saham Didik (ASD) untuk Amir. Bercerita fasal bukak ASD nie, banyak perkara yang berlaku. Kejadian pertama, beria-ia laa pergi ke Bank RHB di Seksyen 9, Shah Alam nak bukak ASd. Teller RHB pong proses cam biasa. Tetiba masa nak cetak buku .. Oppss .. Maaf Encik .. Baru saya perasan umur anak encik kurang 6 bulan. Ya laa .. syarat kelayakan ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah. So balik laa dengan hampa.
Kejadian kedua baru-baru nie dalam penghujung bulan puasa. Rasanya 22 Ogos 2011. Kebetulan dah pergi ke Maybank di Perbadanan Putrajaya, submit laa sekali borang untuk bukak ASD. Maaf laa encik, cip MayKad encik ada masalah. Kami tak boleh nak proses sebab reader tak boleh nak baca. Saya cadangkan encik pergi ke pejabat ASNB di bangunan sebelah. Nasib baik sebelah bangunan jer. Menapak laa dengan penuh harapan.
Kejadian ketiga, dengan penuh harapan aku submit ke pegawai di kaunter Pejabat ASNB. Apa yang dia kata 'Kami dah tak bukak lagi pelaburan baru ASD'. Arggghhh !!!! Kalau untuk kanak-kanak 6 bulan ke atas, boleh buka pelaburan Amanah Saham Gemilang katanya. Aku tertanya jugak lak. Amanah Saham Gemilang nie memerlukan pemahaman risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangksa masa panjang. Leceh laa ... So, balik dengan perasaan hampa sebab tak dapat bukak Akaun ASD Didik untuk Amir.
Nak dicarikan cerita masa cuti Raya tempohari, aku terbaca satu blog fasal satu blogger bukak Akaun ASD pada 29 Ogos 2011. Macamana aku nak bukak akaun pada 22 Ogos 2011 pejabat ASNB kata dah tutup, tapi blogger nie bukak akaun pada 29 Ogos 2011. Tak boleh jadi nie.
So pergi laa risik-risik kat Pejabat Pos Putrajaya semalam. Setakat ini tiada masalah untuk bukak akaun, kata staff kaunter. Yahoo !! So terus aku ambil borang lagi. Setelah tiga kali usaha nak bukak pelaburan ASD nie, alhamdulillah berjaya jugak akhir .:.
- Yang menjadi persoalan, kenapa pejabat ASNB kata tiada lagi pelaburan baru untuk Amanah Saham Didik ?? .:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...