28 September 2011

Cuepacs Harap Bonus 2 Bulan & Umur Persaraan Dinaikkan Kepada 60 Tahun Dalam Bajet 2012

GEORGE TOWN: Cuepacs menaruh harapan yang tinggi bahawa kerajaan akan mengumumkan pemberian dua bulan bonus serta menaikkan umur persaraan dari 58 kepada 60 di dalam pembentangan bajet 2012.

Pembentangan bajet 2012 akan dibuat oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Parlimen 7 Oktober nanti.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pemberian bonus dua bulan akan membawa khabar gembira untuk kakitangan awam yang kini sedang bergelut dengan kos kehidupan yang semakin tinggi.

Malah jika ini menjadi realiti ia akan mencatat sejarah dalam pemberian bonus kepada kakitangan awam negara.

Beliau percaya, ini juga akan turut meningkatkan produktiviti dan kesungguhan kakitangan awam untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Pada masa yang sama beliau turut mengharapkan agar umur persaraan kakitangan awam akan dinaikkan dari 58 kepada 60 mulai tahun hadapan.

"Kami telah berbincang mengenai perkara ini dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga telah mengirimkan surat kepada Perdana Menteri pada Jun lalu," ujarnya lagi ketika ditemui pada majlis sambutan rumah terbuka hari raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama Cuepacs Pulau Pinang.

Had umur persaraan kakitangan awam telah dinaikkan dari 55 kepada 56 pada tahun 2005 dan pada tahun 2008 ia sekali lagi dinaikkan kepada 58.

Sumber : mStar Online

.:. Secara dasarnya mengenai umur persaraan aku kurang setuju. Sedangkan tidak semua yang masih boleh memberikan komitmen yang tinggi terhadap kerja pada umur 55 tahun. Selain beban kerja yang semakin meningkat dan beban tanggungjawab yang lagi besar. Selain menyekat kenaikan pangkat, tiada peluang pekerjaan dan macam-macam lagi. Mengenai bonus, alhamdulillah jika ada. Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak akan puas hati memandangkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang masih belum dibanggakan. Tapi bagi aku sudah ada peningkatan dan kemajuan terhadap perkhdimatan awam. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga. Tidak dinafikan masih ada sikap penjawat awam yang telah memberikan gambaran yang negatif dan memburukkan penjawat awam yang lain. Orang-orang sebegini yang seharusnya jangan di'simpan' dan di'keluarkan' segera demi kepentingan penjawat awam yang lain .:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...