21 September 2011

Facebook dan Twitter Merosakkan !

.:. Mungkin nampak kasar bunyinya tajuk kali ini. Teknologi maklumat makin lama, makin maju kan? Sains dan Teknologi ni kalau kita tahu cara menggunakannya akan memudahkan kehidupan. Akan tetapi jika disalahgunakan barulah merosakkan. Tu yang heran dengan sebilangan yang tak tentu tak puas hati dengan Facebook, Twitter atau sewaktu dengannya. Apa masalah mereka dengan orang lain punya 'twit', 'status', malah ada yang kesal dengan pengguna Facebook menggunakan Facebook sebagai media untuk berinteraksi dengan kawan – kawan. Janganlah terlalu negatif dan memandangkan ke arah keburukan.

Ada kata kata dengan Facebook ,
  • Dari seorang kekasih yang sangat setia terbongkarlah kecurangannya..
  • Dari seorang yang berwatakan alim dari seorang yang sangat gatal..
  • Dari panggilan kawan boleh menjadi panggilan kekasih yang meloyakan..
  • Dari kepercayaan yang penuh menjadi prajudis dan tidak berkeyakinan..
  • Dari mempunyai ramai kawan tiba tiba dia menjadi kekasih-separuh-masa
  • Dari suka suka dah menjadi gila gila..
  • Dari diberi perhatian menjadi terabai..
  • Dari sayang bertukar benci..
  • Dari benci menjadi dendam..
  • Dari rindu menjadi bara..
  • Dan pelbagai lagi perkara yang tidak dipercayai terus menjadi kenyataan.
Tolong laa .. Bagi mereka kalau ada 'bermasalah' dengan Facebook, Twitter, Blog .. hentikanlah menggunakan. Bagi ruang pada mereka yang benar-benar dan reti menggunakan ke arah perkara-perkara yang berfaedah dan positif. Jangan marah-marah .. Nanti pendek umur .:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...