11 September 2011

Faham atau tidak !!! Sikap Pemandu Tidak Pernah Berubah ..



.:. Apa yang ingin aku kongsikan dalam perjalanan dari Seri Kembangan ke Johor Bahru melalui Lebuharaya Utara Selatan (PLUS) ialah sikap sesetengah pemandu mengambil kesempatan menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya secara berleluasa. Kebetulan terdapat satu kemalangan di antara Nilai – Seremban. Ternyata lorong kecemasan diwujudkan oleh pihak berwajib bagi memudahkan pengguna ketika berada dalam keadaan kecemasan yang tidak boleh dielakkan seperti kenderaan rosak atau tayar pancit. Namun, sering kali lorong kecemasan ini dijadikan tempat untuk mereka yang tidak faham erti kesabaran dan tanpa memikirkan kesannya. Sikap seperti ini sudah tentu membahayakan terutama penunggang motosikal yang menggunakan lorong berkenaan bagi mengelak kenderaan yang lebih laju di lorong biasa. Selain itu, bantuan kecemasan seperti Ambulans, Bomba, JPA mahupun Polis akan menggunakan laluan ini bagi memberikan bantuan terutama kemalangan. Kegagalan tiba ke tempat kejadian pada waktunya memungkinkan menyebabkan kehilangan nyawa.



Jangan menguatkuasa undang-undang sekadar di atas ‘kertas’ sahaja. Sudah tiba masanya, tindakan lebih tegas diambil kepada pemandu berkenaan dan juga kenderaan yang diletakkan di laluan kecemasan / bahu jalan tanpa apa-apa alasan. Alasan rosak bukan sesuatu yang boleh diterima kerana sama ada menunggu trak tunda syarikat atau PLUS datang membantu, nyawa pengguna lain juga perlu diberi keutamaan.



Dengan sikap yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa, kita mampu untuk mengurangkan jumlah kemalangan .:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...