19 September 2011

Kad Nama ..

KAD NAMA HANYA DIBENARKAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI & GOLONGAN PREFESIONAL SAHAJA


SEREMBAN: Perbendaharaan Malaysia telah mengarahkan ketua-ketua jabatan kerajaan untuk mengawal percetakan kad nama dengan mengingatkan mereka bahawa keistimewaan tersebut hanya diberikan kepada pihak pengurusan tertinggi dan golongan profesional sahaja.
Mereka juga akan menetapkan jumlah kad nama yang dibenarkan untuk dicetak oleh para pegawai.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah berkata arahan tersebut telah dipersetujui dalam satu perbincangan meja bulat yang diadakan baru-baru ini dan harga yang ditetapkan untuk sekeping kad tidak melebihi RM1.
"Ketua jabatan perlu membuat keputusan mengenai reka bentuk kad nama dan mereka juga perlu membuat pesanan dalam bentuk pukal kerana harganya lebih murah," katanya.
Beliau berkata kad nama tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan rasmi termasuklah ketika berurusan dengan pegawai sektor swasta dan delegasi daripada luar negara.
Jelasnya, selain daripada nama dan pangkat seorang pegawai, maklumat lain seperti alamat dan emel rasmi perlu disertakan dalam kad nama berkenaan.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman ketika dihubungi berkata arahan tersebut perlu dikaji semula kerana semua kakitangan awam mempunyai hak untuk memiliki kad nama mereka sendiri. "Kita mempunyai ramai kakitangan awam yang berjawatan rendah seperti ketua-ketua unit dan penyelia dan mereka ini perlu berinteraksi dengan orang awam dan pegawai daripada sektor swasta.
"Golongan ini seharusny dibenarkan memiliki kad nama sendiri supaya pelanggan mudah berhubung dengan mereka apabila mereka tidak ada di pejabat,” katanya sambil menambah bahawa memiliki kad nama sendiri dapat meningkatkan kenyakinan diri seorang pekerja.
Jelasnya dengan memiliki kad nama, ia juga memudahkan orang awam untuk membuat aduan secara terus kepada pegawai yang berkenaan.
Justeru, Omar menggesa kerajaan menimbangkan semula langkah tersebut kerana menurutnya kos untuk mencetak kad nama tidak banyak.
“Kami tidak mahu mereka yang berjawatan rendah berada sedih dan membesarkan hal ini.
"Kami tidak nampak ia satu masalah yang besar untuk membenarkan setiap kakitangan kerajaan mempunyai kad nama mereka sendiri,” katanya.

Sumber : mStar

.:. Sekarang serendah RM0.05/keping dah boleh buat kad nama .:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...