13 September 2011

Malam @ RPP Cameron Highlands


.:. Malam ini malam pertama menginap di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands untuk menghadiri Kursus Pendedahan Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Bahagian Pengurusan Hartanah JPM sehingga Khamis. Malam ini tak ada program hanya untuk menghilangkan lelah dan penat perjalanan dari Putrajaya ke Cameron Highlands. Ini merupakan kali kedua dalam tahun ini aku datang ke Cameron Highlands dan menginap di tempat yang sama. Esok pagi bermulalah aktiviti kursus. Mata mulai layu dan bersedia untuk 'landing'. Tapi persoalan dari tadi, apa benda yang dari tadi bergendang-gendang di luar? Selamat Malam dan salam sayang pada isteri dan anak-anak di Shah Alam .:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...