31 October 2011

Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar

PUTRAJAYA: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar Presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.
Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.
"Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.
Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. "Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata Abdul Razak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini. Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.
Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabila tuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.
Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.
"Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.
Bagaimanapun ini tidak melibatkan barang-barang lain yang berharga," katanya.
Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.
Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
"Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya.
Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itu dari terus berlaku. 

Cuti-cuti Malaysia

Dah lama rasanya tak pergi 'Cuti-cuti Malaysia'. Penang, Melaka, Langkawi, Perlis ..... hmmm ...

29 October 2011

No Arak, No Kondom

Sekadar sedikit coretan hari ini. KK ada terbaca pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Dewan Rakyat yang akan dikemukakan pada 31 Oktober 2011, yang mana cadangan mendesak Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan hanya membenarkan penjualan arak, minuman keras dan yang memabukkan dalam apa bentuk sekalipun hanya di premis-premis khas yang dilesenkan dan hanya khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja sebagaimana premis khas untuk penjualan nombor ekor, tempat perjudian dan daging khinzir dan lain-lain. Selain itu, tidak melesenkan kedai-kedai runcit atau serbaneka daripada menjual arak dan/ atau apa-apa minuman keras dan yang memabukkan di premisnya.

KK juga bersetuju bahawa banyak kes terjadi di mana remaja dan belia beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman berakohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral, yang akhirnya membawa kepada timbulnya gejala sosial yang serius seperti kegiatan merempit yang melampau, perzinaan, perogolan dan kesalahan seksual dan kes pembuangan bayi”.

Senyum seindah suria ...

Before .....

Memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam

PANDUAN MEMPERKASAKAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

6. Semua Ketua Jabatan hendaklah memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dilaksanakan dengan baik dan betul serta secara menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam berdasarkan panduan-panduan berikut:


i. Urusan Rasmi Dalam Negara



a) Surat Dalam Negara
Semua surat-menyurat rasmi dalam negara oleh Agensi Kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya. Agensi Kerajaan dikehendaki memberikan surat balasan berserta dokumen lampiran dalam Bahasa Kebangsaan termasuk surat-menyurat yang diterima daripada manamana pihak yang menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan. 

b) Dokumen Perjanjian Dalam Negara
Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh Agensi Kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya. Dokumen tambahan atau lampiran, sekiranya ada, boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris. 

c) Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran
Warganegara Malaysia Semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran bagi mesyuarat anjuran Agensi Kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.
Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran Agensi Kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan warganegara Malaysia hendaklah dibuat dalam Bahasa Kebangsaan.

d) Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan Kehadiran Warganegara Malaysia
Semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, ucapan perasmian dan ucapan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran Agensi Kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari 5 kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan.

ii. Urusan Rasmi Antarabangsa
a) Surat Antarabangsa
Semua surat rasmi oleh Agensi Kerajaan kepada pihakpihak di luar negara digalakkan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan disertakan terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya ada dokumen tambahan yang perlu disertakan bersama surat tersebut, ia bolehlah disediakan dalam Bahasa Inggeris.

b) Dokumen Perjanjian Antarabangsa
Semua dokumen perjanjian oleh Agensi Kerajaan di peringkat antarabangsa hendaklah menggunakan Bahasa Inggeris. Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan boleh disediakan bagi tujuan rekod dan semakan. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian di masa hadapan, dokumen asal dalam Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan yang sahih.

c) Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran Bukan Warganegara Malaysia
Semua urusan berkaitan dengan mesyuarat termasuk e-mel, notis, minit, memorandum, laporan, nota pembentangan dan dokumen edaran di mesyuarat anjuran Agensi Kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli mesyuarat atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, boleh disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Semua perbincangan, taklimat, pembentangan dan persembahan dalam mesyuarat anjuran Agensi Kerajaan yang melibatkan kehadiran ahli atau peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia boleh dikendalikan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

d) Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan Kehadiran Bukan Warganegara Malaysia
Semua urusan berkaitan dengan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, e-mel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan aluan, ucapan perasmian dan ucapan penutup, pembentangan serta dokumen edaran anjuran Kementerian dan Agensi Kerajaan yang melibatkan kehadiran peserta dari kalangan bukan warganegara Malaysia, hendaklah disediakan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.Terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan hendaklah disediakan oleh pihak urus setia.

iii. Pengiklanan Kekosongan Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam
Pengiklanan kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam oleh Pihak Berkuasa Melantik, Kementerian dan Agensi Kerajaan hendaklah disiar atau diterbitkan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

iv. Perkhidmatan Kaunter
Semua urusan bagi perkhidmatan kaunter di Agensi Kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan komunikasi dengan pelanggan-pelanggan bukan warganegara Malaysia, petugaspetugas kaunter perkhidmatan boleh menggunakan bahasa yang difahami oleh pelanggan berkenaan. 

v. Maklum Balas Aduan Di Akhbar Dan Isu Media Massa
Semua maklum balas berkaitan aduan dan isu di media massa mengenai Perkhidmatan Awam oleh Agensi Kerajaan hendaklah disediakan dalam Bahasa Kebangsaan. Bagi siaran dalam media massa berbahasa Inggeris, terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh disertakan sebagai dokumen lampiran bagi memastikan maksud asal maklum balas tidak disalah tafsir.

Panduan ini diperolehi dari
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2011
PANDUAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Fara Fauzana Dan Neelofa Sah Pengacara Baru Nona


KUALA LUMPUR: Penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pelakon baru Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sah akan mengalas tugas sebagai pengacara program popular Nona.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dua pengacara baru itu bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun depan.

Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya kita akan menukar pengacara Nona setiap tahun dan tidak terkecuali Vanidah.

"Pemilihan Fara dan Neelofa adalah berdasarkan kepada karakter dan personaliti mereka yang berbeza daripada pengacara sebelum ini.

"Kami yakin dengan pemilihan mereka berdua akan memberikan nafas baru kepada program Nona," ujarnya pada sidang media selepas sesi pra tonton program rangkaian Media Prima 2012 di sini, Jumaat.

Sementara itu, Fara ketika ditemui berkata, dia berasa teruja dipilih sebagai pengacara baru Nona bersama-sama Neelofa dan bersetuju untuk mengendalikan program itu sejajar dengan perubahan usianya.

"Tahun hadapan saya akan berusia 32 tahun dan Nona dilihat sebagai program sesuai untuk dikendalikan sejajar dengan usia saya yang meningkat.


"Disamping itu juga, saya teruja kerana ia adalah sesuatu pengalaman baru buat saya kerana sebelum ini lebih banyak mengacarakan program berbentuk hiburan atau santai," ujarnya.

Fara bagaimanapun memberitahu dia tidak akan mengikut cara penyampaian pengacara terdahulu tetapi akan menggunakan gaya tersendiri dalam memberi pembaharuan pada Nona.

"Saya diambil oleh kerana pihak pengurusan percaya kepada kebolehan saya dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa program itu ke satu peringkat lain untuk memastikan ia terus mendapat perhatian penonton," katanya.

Fara bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai gandingannya bersama Neelofa dan kelainan bakal dipaparkan oleh pihak produksi untuk program itu dan berharap peminat akan terus menyokongnya.

Sumber : mStar Online

Bergurau nyer fasal ,,,,


Padah bergurau: Wanita patah hidung dibelasah sepupu lelaki


KUANTAN 28 Okt. - Seorang juru jual wanita cedera dibelasah sehingga patah hidung gara-gara bergurau dengan menyembunyikan dompet sepupu lelakinya.

Wanita berusia 24 tahun itu disepak, ditumbuk dan dihentak kepalanya ke dinding selepas memulangkan dompet berkenaan kepada sepupunya dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Taman Raub Jaya, Raub, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, sebelum kejadian, suspek berusia 22 tahun itu ke tempat kerja mangsa di sebuah kedai perabot.

"Di situ, mangsa bertindak menyembunyikan dompet suspek untuk tujuan bergurau. Bagaimanapun, mangsa kemudian ke rumah sepupunya untuk memulangkan semula dompet berkenaan.

"Selepas memulangkan dompet itu, mangsa dihalang keluar dari rumah sebelum suspek membelasahnya dengan menumbuk, menyepak serta menghentak kepala mangsa ke dinding," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata Mohd. Haris, mangsa yang mengalami kecederaan serius kemudian dibawa ke Hospital Raub untuk mendapat rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.

"Hasil pemeriksaan X-ray, hidung mangsa disahkan patah. Kejadian itu lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak.

"Dipercayai pemuda itu terlalu marah kerana mahu menggunakan kad pengenalan yang disimpan dalam dompetnya untuk latihan memandu kenderaan pada hari tersebut," katanya.

Tambah beliau, suspek kini ditahan polis sejurus selepas laporan dibuat bagi membantu siasatan.

Mohd. Haris berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah - Utusan Malaysia Online

28 October 2011

Satu pagi di hari Jumaat ...

Berhampiran Plaza Tol SKVE Saujana Putra ...

Tom ...

video

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Pasti ramai penjawat awam tertunggu-tunggu bila agaknya Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dikeluarkan. Sepertimana dihebahkan di dalam Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam, Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen. Tunggu je laa  ,,,,

27 October 2011

Pizpas ...

Cerita hari ini.  Jom pekena Pizza. Lokasi terpaksa dirahsiakan. Nak tau, kenalah ikut cerita seterusnya. Siapa kata makan pizza tak sedapkan. Yum .. yum ... 

Nak dijadikan cerita. Sesudah makan, tetiba keluarlah ... jeng ... jeng ...
Hahaha ..... kepada Pengurusan Pizza berkenaan, silalah ambil tindakan. 

Malas ..

Bila dah malas kerja ?

Karnival Best ..

Buat elok saja tau ! Datanglah beramai-ramai

26 October 2011

Lembu New Zealand ?

Bayangkan jika anda ada di dalam ...



CRASH TEST ini dilakukan pada kelajuan 120 mph bersamaan 192km/j yang mana Ford Focus menghentam dinding. Dalam beberapa saat, kereta sebelum ini 'terbaeekkk' menjadi sisa untuk dilupuskan dan besi buruk saja. Bayangkan jika anda ada di dalam ....

V + LIDAH

Mungkin ramai lagi yang tahu pasal nie , Adakah korang tahu maksud V + Lidah terjelir nie dan entah korang perasan ke tidak sebab budak-budak perempuan sekarang nie suka buat posing macam nie selalu.. tak percaya ? korang tengok friend kat Facebook , mesti ada yang posing macam nie....

Apa maksud Peace ( V ) + Lidah Terjelir :

V nie lebih ditujukan pada kemaluan perempuan atau lebih dikenali sebagai V-Zone / Miss V.

So , bila kita gabungkan kedua-dua : Mungkin ramai lagi yang tahu pasal nie , Adakah korang tahu maksud V + Lidah terjelir nie dan entah korang perasan ke tidak sebab budak-budak perempuan sekarang nie suka buat posing macam nie selalu.. tak percaya ? korang tengok friend kat Facebook , mesti ada yang posing macam nie....

Apa maksud Peace ( V ) + Lidah Terjelir :

V nie lebih ditujukan pada kemaluan perempuan atau lebih dikenali sebagai V-Zone / Miss V.

So , bila kita gabungkan kedua-dua : 
V+LIDAH = JILAT KEMALUAN WANITA..

Ooouppz , soorry to say.. ! = JILAT KEMALUAN WANITA.. Ooouppz , soorry to say.. !

Sumber : Laman Mukabuku

.:. Perlukah bergambar sebegini ..

Bakar hidup-hidup ..

Apa punya sikap manusia nie .. Sanggup bakar kucing hidup-hidup.
Cerita lanjut, di sini ..

Dah lama buat kerja nie ..

Kopi kurangkan risiko kanser kulit

WASHINGTON: Amalam meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya di kalangan wanita.
Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama Amerika Syarikat di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.
Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baru BCC dicatatkan di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian, Fengju Song. - Berita Harin Online

Payah betul ...

Tak pernah berubah mentaliti dan masih berperangai vandalisme ..

Putrajaya Roti John ..

Putrajaya Roti John
Medan Selera Seri Teja @ Presint 9, Putrajaya

25 October 2011

Ini KL bukan London!

Tak lama lagi ....

Wow .. KK rasa tak lama lagi space U8 nie akan dibuka. Katanya siap dengan 24 lorong bowling dan pawagam MBO. Pawagam pertama di Shah Alam. Yang pertama ....  Tak bangga pun... Bukan susah pun nak pergi tengok wayang, pergi saja Sunway, Summit, Bukit Raja, Bukit Tinggi, IOI Puchong .... berlambak-lambak... KK sebenarnya kurang setuju dengan adanya pawagam di Shah Alam nie. Tak perlulah diperincikan. Apa pun dengan terbina space u8 nie, nilai hartanah kawasan persekitaran akan meningkat. Rugi tak beli Pangsapuri Seroja / Delima dulu. 

Titian perjalanan ...

Di kesempatan cuti di hujung minggu lepas, KK sekeluarga balik ke Teluk Intan. Selang 3 - 4 bulan sekali balik. Itupun kalau bapak balik jenguk rumah di Teluk Intan. Awal-awal sudah ada perancangan untuk ke Teluk Batik. Bawak anak-anak dan anak saudara 'piknik' dan mandi pantai. Alhamdulillah, keadaan cuaca agak baik. Sekarang hujan dah kerap turun. Maklumlah dapat di penghujung tahun. 


Perjalanan ke Teluk Batik dengan dua buah kenderaan. Indah sungguh suasana perjalanan ke Teluk Batik. Keadaan trafik tidak terlalu sesak atau banyak kenderaan. Terbentang luas sawah menghijau, burung-burung bangau putih terbang mencari makanan dan langit yang cerah disaluti awan yang memutih. Wow ayat tak agak-agak


Tiba-tiba KK dapati terlalu banyak jalan yang bertampal-tampal di sana sini. Malah ada permukaan jalan yang masih rosak / berlubang (potholes). Apa-apa pun terima kasih di atas kerja-kerja penyelenggaraan dan di'rawat' oleh pihak berkenaan. Namun mungkin menjadi tanda tanya begini mutu jalan raya di Malaysia. 


Terdapat sebahagian jalan yang telah diturap kembali. Mungkin terdapat kerosakan / lubang yang teruk sebelum nie. Tiba di persimpangan Teluk Batik berhampiran perumahan TLDM, kerja-kerja turapan jalan sedang dijalankan. Baguslah, demi kemudahan orang ramai dan sebagai tarikan pelancongan. Harap-harap sekali lagi KK datang, jalan itu masih elok. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...