06 October 2011

Bajet 2012


Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang terutama penjawat awam yang menantikan perkhabaran atau berita baik terutama berhubung kenaikan gaji mahupun bonus. Apa-apa pun semua persoalan akan terjawab dimana Pembentangan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada 7 Oktober 2011 (Jumaat) di Parlimen Malaysia.


Selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Belanjawan 2012 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Belanjawan 2012. Ini adalah bagi memudahkan pengguna-pengguna internet mengikuti siaran langsung Ucapan Belanjawan 2012 berkenaan. Siaran langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my. Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejam selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2012.

Selain dari itu Belanjawan 2012 juga boleh diakses melalui:
Mobile Web – http://www.treasury.gov.my/bajetmobile
Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:
Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my

Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...