09 October 2011

Belangkas ..



Lokasi : Sungai Hj Dorani, Sabak Bernam



KK tak pasti samada generasi sekarang masih mengenali apa itu belangkas. Setahu KK hanya telur belangkas sahaja boleh dimakan. Kalau silap makan boleh memabukkan. Di Thailand, siap ada hidangan kerabu telur belangkas. Dalam perumpamaan melayu ada menyatakan 'macam belangkas' yang mana lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Sebab itu kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina. Nak cakap mengenai apa khasiat belangkas, KK tak pasti. Mungkin lepas ini boleh laa men'google' maklumat khasiat makan belangkas.


KK teringat dapat makan telur belangkas semasa XPDC Kayak di Tanjung Piai, Pontian, Johor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...