10 October 2011

Etika ..


Salam kunjungan .. KK nak sentuh sikit mengenai Etika sebagai bloggers. Dengan teknologi moden dan dunia tanpa sempadan pasti ada yang baik dan tidak baik. Kalau ikutkan KK mula-mula berjinak-jinak dalam dunia blog mulai Mei 2008, akan tetapi KK bukanlah seorang pengarang atau penulis yang baik. Cuma baru-baru ini KK kembali aktif dan masih mentah dalam dunia blog ini. Ada tertanya-tanya ke mana arah blog KK nie. Kadang-kadang blog Kunang-kunang ini seumpamaan rojak atau Air Batu Campur (ABC). Perkara ini memang KK akui. Namun kadang-kadang apa yang KK jumpa ingin dikongsi dengan rakan bloggers yang lain. Harap-harap rakan-rakan bloggers faham akan situasi ini. Tiada isu copy atau peniruan. Sebarang petikan mana-mana artikel KK akan nyatakan sumber sebagai kredit kepada penulis/bloggers yang berkaitan.
KK setuju dengan pandangan sesetengah bloggers bahawa KEJUJURAN dan RASA TANGGUNGJAWAB amat penting dalam dunia blog ini. Bukan setakat tangkap muat dan perlu ada norma-norma yang boleh diterima oleh pembaca. Terima kasih kepada rakan bloggers yang sudi menjadi followers. KK akan sentiasa berusaha memperbaiki penulisan dan kandungan blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...