17 October 2011

Gara-gara Nescafe

Peniaga dipenjara dua bulan gara-gara curi Nescafe

KOTA BHARU 17 Okt. – Akibat mencuri tiga paket Nescafe berharga RM60, seorang peniaga dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku melakukan kesalahan tersebut Jumaat lalu.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Zulkifli Ab. Kadir, 47, kerana mencuri ketiga-tiga paket Nescafe itu di sebuah pasar raya PKT Pasir Tumboh, Kubang Kerian dekat sini.
Mengikut pertuduhan, Zulkifli didakwa dengan niat jahat mencuri dua paket Nescafe 300 gram dan satu paket Nescafe 200 gram bernilai keseluruhan kira-kira RM60 di pasar raya berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang hingga 6.45 petang, Jumaat lalu.
Tertuduh yang berasal dari Kampung Telaga Ara, Bachok dan telah berkeluarga didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. - Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...