12 October 2011

Hmm .. UniFi



Hari ini KK berkesempatan ke TMpoint di Cyberjaya untuk pendaftaran UniFi bagi menggantikan Streamyx yang sekian lama 'berkhidmat'. Mula-mula KK cubalah buat pendaftaran secara On Line, fikirkan takde laa bersusah payah ke TMpoint tetapi tak berjaya. Terpaksa lak buat register secara manual. Hampir setengah jam gak menunggu giliran untuk submit borang kat kaunter.


Yang menimbulkan ketidakpuashatian KK ialah pertama proses penutupan akaun stream/no.tel lama kena buat selepas UniFi dipasang. Maknanya KK terpaksa ke TMpoint lagi untuk permohonan penutupan akaun lama. Kan dua kali kerja. Sedangkan dalam borang pendaftaran UniFi ada ruang untuk 'terminate streamyx & TM Homeline' maknanya sudah ada arahan untuk tutup akaun. Sebab tu KK rasa ramai yang terlupa/kurang jelas perkara dan menyebabkan akaun lama masih wujud dan terpaksalah bayar streamyx walaupun sudah pasang UniFi kerana beranggapan akaun Streamyx telah dipotong. Kedua, tak sampai lima minit pemohonan KK dikatakan telah 'diterima'. Cepatnya. Rupa-rupanya oleh kerana server slow, data permohonan KK akan dimasukkan kemudian dan akan dimaklumkan melalui emel. Hisshhh .. takkan kat sini pun ada masalah server slow. Ini dah buat keyakinan KK lak menurun. Apa-apa sehingga kini KK belum menerima apa-apa makluman dari TM mengenai permohonan UniFi. Kita tunggu dan lihat ..:..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...