17 October 2011

Isteri gunting kemaluan suami, buang ke sungai

TAIPEI: Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai.
Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.

Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur.
Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis.

“Dia ditahan atas tuduhan menyerang,” kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.

Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal dengan perbuatan terhadap suaminya yang menganggur dan penagih dadah. Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu.
Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian.

Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan. - AFP
Sumber : myMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...