11 October 2011

M2Y - Kuala Woh


Program ke-2 M2Y diteruskan dengan Konvoi ke Hutan Rekreasi / Lipur Kuala Woh di Tapah, Perak pada 7hb Ogos 2011. Perjalanan dimulakan seawal pagi melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar melalui Exit Tapah. Konvoi ini merupakan konvoi yang 'terjauh' M2Y.



Alhamdulillah, perjalanan konvoi sampai dengan selamat. Seperti biasa, makanan dan minuman disediakan dengan 'pot luck'. Aliran sungai seakan-akan memanggil. Mungkin menjadi luar biasa, dalam kesejukan air yang mengalir, terdapat punca keluar air panas di celah-celah batu.



Program konvoi ini akan sepi jika tiada aktiviti sampingan. Pertandingan tiup tepung dan baling belon mengisi ruang aktiviti konvoi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...