29 October 2011

No Arak, No Kondom

Sekadar sedikit coretan hari ini. KK ada terbaca pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan, Dewan Rakyat yang akan dikemukakan pada 31 Oktober 2011, yang mana cadangan mendesak Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan hanya membenarkan penjualan arak, minuman keras dan yang memabukkan dalam apa bentuk sekalipun hanya di premis-premis khas yang dilesenkan dan hanya khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja sebagaimana premis khas untuk penjualan nombor ekor, tempat perjudian dan daging khinzir dan lain-lain. Selain itu, tidak melesenkan kedai-kedai runcit atau serbaneka daripada menjual arak dan/ atau apa-apa minuman keras dan yang memabukkan di premisnya.

KK juga bersetuju bahawa banyak kes terjadi di mana remaja dan belia beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman berakohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral, yang akhirnya membawa kepada timbulnya gejala sosial yang serius seperti kegiatan merempit yang melampau, perzinaan, perogolan dan kesalahan seksual dan kes pembuangan bayi”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...