11 October 2011

Sara ..


Dalam Pengumuman Belanjawan 2011



" Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru. "


.:. KK sebenarnya kurang setuju dengan cadangan umur persaraan wajib sehingga 60 tahun. Tidak dinafikan ada yang masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman pada umur 60 tahun tetapi persoalannya berapa ramai? Apa yang dikhuatiri setakat datang kerja tapi hati tidak di tempat kerja. Yang lagi pencen lagi 5 tahun pada umur 55 tahun pun dah malas nak kerja inikan lagi umur 60 tahun. Kalau terlaksana, harap-harap kerajaan buatlah tapisan dan pemilihan samada melayakkan mereka yang mahu bersara pada 60 tahun. Pemeriksaan kesihatan, tahap pengetahuan dan samada boleh lagi memberikan kualiti kerja yang terbaik. Mutu dan kualiti perkhidmatan awam wajar dipertingkatkan dan dikekalkan, akan tetapi janganlah dikekalkan bagi mereka yang dah dok fikir nak terbang sana sini, dah fikir bisnes itu bisnes ini .:.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...