06 October 2011

M2Y - Teratak Riverview



Sebenarnya dah lama KK nak 'story' tentang Konvoi M2Y - Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak yang berlangsung pada 29 - 30 Januari 2011 yang lalu. Satu pengalaman yang tidak terhingga dan tidak mudah dilupakan. Mengapa KK kata begitu ? Dari mula perancangan hingga berakhir program, pelbagai liku-liku dan dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh M2Y. Namun dengan kerjasama dan komitmen warga M2Y semuanya dapat ditempuhi dengan mudah dan diselesaikan. Dalam kita berseronok, harus diingatkan jangan sampai kita lupa dan leka. Keselamatan semua yang bersama-sama harus dititikberat. Semua urusan dengan pihak berkuasa termasuk PDRM, JPJ dibuat bagi memastikan tidak timbul masalah dan sebagai makluman.






Alhamdulillah, apa yang dirancang menjadi walaupun ada ketika hujan turun. Semua memainkan peranan tidak mengira keluarga atau baru mengenali. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Program diatur seperti sukaneka, BBQ dan pertandingan karaoke berjalan dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan 'tukang masak' yang menyediakan makanan/minuman yang 'terbaeekkkk'.




Dengan keadaan elektrik yang hanya ada pada waktu malam, signal telefon yang 'kurang' serba sebanyak menguji dan tidur dalam 'dorm'. Mungkin tidak semua yang boleh menerima. Tapi apakan daya dengan kekangan kewangan, terpaksa dilaksanakan jua dan menguji secara tidak langsung warga M2Y. Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...