25 October 2011

Titian perjalanan ...

Di kesempatan cuti di hujung minggu lepas, KK sekeluarga balik ke Teluk Intan. Selang 3 - 4 bulan sekali balik. Itupun kalau bapak balik jenguk rumah di Teluk Intan. Awal-awal sudah ada perancangan untuk ke Teluk Batik. Bawak anak-anak dan anak saudara 'piknik' dan mandi pantai. Alhamdulillah, keadaan cuaca agak baik. Sekarang hujan dah kerap turun. Maklumlah dapat di penghujung tahun. 


Perjalanan ke Teluk Batik dengan dua buah kenderaan. Indah sungguh suasana perjalanan ke Teluk Batik. Keadaan trafik tidak terlalu sesak atau banyak kenderaan. Terbentang luas sawah menghijau, burung-burung bangau putih terbang mencari makanan dan langit yang cerah disaluti awan yang memutih. Wow ayat tak agak-agak


Tiba-tiba KK dapati terlalu banyak jalan yang bertampal-tampal di sana sini. Malah ada permukaan jalan yang masih rosak / berlubang (potholes). Apa-apa pun terima kasih di atas kerja-kerja penyelenggaraan dan di'rawat' oleh pihak berkenaan. Namun mungkin menjadi tanda tanya begini mutu jalan raya di Malaysia. 


Terdapat sebahagian jalan yang telah diturap kembali. Mungkin terdapat kerosakan / lubang yang teruk sebelum nie. Tiba di persimpangan Teluk Batik berhampiran perumahan TLDM, kerja-kerja turapan jalan sedang dijalankan. Baguslah, demi kemudahan orang ramai dan sebagai tarikan pelancongan. Harap-harap sekali lagi KK datang, jalan itu masih elok. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...