11 November 2011

Kena kencing ...

Memang benar orang kata, sekeping gambar boleh memberi seribu gambaran dan makna. Sebagai seorang bloggers haruslah mempunyai etika dalam penyampaian dan penulisan serta bertanggungjawab. Kadang-kadang yang disampaikan akan berterusan disampaikan. Tanpa menyedari kebenaran sesuatu perkara atau berita, dengan mudah ianya tersebar sehingga boleh menimbulkan kebalahan, ketidaktenteraman, permusuhan dan kekacauan.
KK nak ulas mengenai satu blog yang melaporkan satu kejadian yang mana satu kejadian kemalangan melibatkan Kereta Kabel Genting jatuh dan terhempas. Mungkin ada sesetengah dari kita termasuk KK pun pernah menaiki Kereta  Kabel di Genting. Mendengar berita ini, mesti ada yang memanjat kesyukuran kerana 'kemalangan' tersebut tidak menimpa kita. Pantas perkara ini terus disebarkan melalui Facebook, Twitter apatah lagi blog dengan dikukuhi dengan gambar 'kemalangan'.
Malangnya, bagi yang tidak menyelidiki atau menyiasat perkara ini atas sebab berita kononnya pihak berwajib dan pengurusan Genting menyembunyikan 'kemalangan' tersebut dari pengetahuan umum. Dashyat kan ... Mesti ada yang kata, takkan naik lagi kereta kabel kat Genting.
Apa yang pasti, ramai pembaca telah 'dikencing' dengan penyebaran 'kemalangan' tersebut. Sebab musabah dan tujuan penipuan itu KK tak pasti. Apa pasti, memang tidak bertanggungjawab sungguh.
Untuk cerita dan perkara sebenar boleh merujuk berita dan blog yang berkaitan antara The Star, http://www.hafizstory.com atau http://cikgumanstation.blogspot.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...