16 November 2011

Rekod ..

Asia Pasifik: Rakyat Malaysia paling ramai dengar siaran radio

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Rakyat Malaysia merupakan pendengar radio paling ramai di Asia Pasifik dengan purata masa pendengaran 21 jam dan 34 minit seminggu, menurut Pengukuran Pendengar Radio (RAM) Nielsen.
Nielsen berkata, berdasarkan bancian baru-baru ini, didapati sembilan dari 10 pengguna di Semenanjung Malaysia berumur 10 tahun ke atas mendengar radio.
"Purata masa untuk mendengar siaran radio di Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan enam pasaran Asia Pasifik yang diliputi bancian berkenaan,” kata kenyataan Nielsen.
Bancian berkenaan mewakili 3,000 individu sebagai sampel yang dijalankan dari 7 Mac hingga 2 Oktober lalu.
Nielsen juga berkata, perbelanjaan pengiklanan di radio antara Januari dan September 2011 meningkat kepada 8.9 peratus (RM315.3 juta) berbanding tempoh yang sama tahun lalu, yang mewakili 4.4 peratus jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan di Malaysia tidak termasuk rampai iklan. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...