08 November 2011

Sesak ...

Cerita ini sebenarnya nak ditulis dari minggu lepas, tapi tiada kesempatan. Apa yang sesak nie .. Dua minggu lepas KK ke Hospital Serdang. Bukan nak cerita tujuan apa KK ke sana, cuba nak kongsi pengalaman apa yang KK rasa. 
Pergghhh .. punya laa payah nak carik parking ... Yang datang nie pukul beraper agaknya .. Mana taknya, KK sampai pun kira awal pagi lak jugak... Jangan kata petak sedia ada, semua laluan masuk dan keluar penuh dengan kereta dan sewaktu dengannya. Takkan nak parking sampai ke bawah pokok lak ... Try laa cuba . akibatnya 'skirtting' hampir nak tercabut. Kejadian lain, ada gak kereta yang bergesel satu sama lain dan cium bumper kereta depan. Waaahhduuhhhh ...
Setakat papan tanda di sini, KK ibarat sebagai hiasan jer. Apa pilihan yang ada. Sewajarnya dan wajib pihak yang berkenaan dan pengurusan Hospital Serdang memberi perhatian terhadap isu tempat letak kereta di Hospital Serdang ini. Mutu dan perkhidmatan kesihatan kita alhamdulillah sebaik maju dan semakin bertambah baik. Kemudahan letak kereta haruslah dipertimbangkan. Kalau susah nak buat parking yang bertingkat-tingkat sekalipun, sediakan ruang kosong yang boleh dijadikan oleh pelanggan, pesakit yang memerlukan khidmat kesihatan meletakkan kenderaan kira jadi laa ... Udahlah sakit tubuh badan, hati pun semakin bertambah sakit.
RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...