31 December 2011

Dah jadi tunangan orang

Semoga ke jinjang perkahwinan

Love love love

I LOVE U .... Betul ker makna tiga hati nie ..

Dah ready

Untuk majlis hari ini. Mudah-mudahan segala urusan hari ini dipermudahkan

30 December 2011

Hebat tak

Sambil goreng ayam boleh updated blog. Jangan sampai ayam hangus udah laa

So sweet ......

Kata-kata hari ini ....

Tips Keluarga Bahagia ...


Tips Keluarga Bahagia dari Dr fadzilah Kamsah.

29 December 2011

Tergamak bapa dia ....

Bapa rantai dua anak dalam tandas

BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan.

Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, semalam, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.

Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran dikatakan bertindak demikian kerana mendakwa anaknya nakal dan tiada siapa hendak menjaga mereka ketika dia keluar bekerja.
Suspek dikatakan sudah berpisah dengan isterinya yang dipercayai warga Thailand yang bertindak keluar rumah sejak sebulan lalu.

Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan amat menyedihkan.

Suspek yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian itu disedari jiran yang terdengar jeritan kanak-kanak terbabit meminta tolong supaya dilepaskan.
"Jiran terbabit terus menghubungipolis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu," katanya. 

Pukul suami guna fail pejabat

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat

EPANG: Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat, sembilan bulan lalu.

Kamaliah Basir, 35, didakwa mendatangkan kecederaan kepada Zaihan MdLani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 sebagai ikat jamin.

Bagaimanapun, Hakim Zurina Mohamed Nor menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA


KK: Macam-macam ragam manusia sekarang.

Layan Movie Ombak Rindu Online ....



Layan sebelum kena block .....

MPH 10 YEARS

MPH ALAMANDA
Jom shopping buku

Kian rapuh ...

Hidup sekarang penuh dugaan ... Mudah-mudahan dijauhkan ....

28 December 2011

Pakai tudung sekadar main-main?

Sekadar berkongsi ....



SEKARANG SS perhatikan sudah ramai artis tanah air yang mula menutup aurat sejajar tuntutan agama. Harapnya mereka ikhlas dan istiqamah dengan imej baru mereka.

Bukanlah apa, SS pernah terserempak dengan seorang dramatis hebat zaman 90-an di sebuah pusat beli-belah berdekatan rumah SS. Mulanya, agak sejuk juga mata SS memandang penampilannya yang tidak ubah seperti wanita Timur Tengah yang lengkap berjubah hitam dan bertudung litup menutupi rambutnya itu.

Bagaimanapun, selang beberapa hari kemudian, SS menonton drama lakonannya di TV dan alangkah terkejut SS apabila mendapati dia membuka tudung semata-mata untuk berlakon dalam drama yang menyaksikan dia membawakan peranan sebagai ibu kepada watak utama.

SS tidak pasti pula saluran TV yang mana satu sebab sudah ingat-ingat lupa tajuk drama itu.

Bagi SS tidak perlulah sampai sanggup berkorban dengan membuka hijab dalam memenuhi tuntutan watak kerana SS sangat meminati pelakon wanita ini suatu masa dulu. Bagi SS dia mampu membawakan watak dengan cukup baik sekali walaupun dia selalu menjadi watak pembantu saja.

Dalam kes ini, SS hormat dengan Aida Khalida yang sering membawakan watak ibu dalam setiap lakonannya tapi tidaklah sampai sanggup mengetepikan hak sebagai seorang yang bertudung.

SS rasa pelakon wanita yang sanggup buang tudung demi watak ini seharusnya berbincang terlebih dulu dengan penerbit, mungkin mereka tidak memaksa kalau diterangkan terlebih dulu. Ini kalau dah si pelakon sendiri merelakan begitu, nak kata apa lagi kan.

Sumber : myMETRO

Apa itu Kod QR

Sebelum KK bercerita mengenai lanjut mengenai kod QR nie, KK nak share klip video di bawah




Kod QR (QR Code) Pernahkah anda mendengar istilah ini? Buat mereka yang geek & mengikuti perkembangan teknologi, sudah pasti anda tahu apa itu Kod QR. QR adalah singkatan untuk Quick Response atau pun’respon/maklumbalas yang pantas’. Kalau kita selalu melihat Barcode yang biasa dipaparkan di produk-produk tertentu, Kod QR adalah seperti gambar dibawah ini.

Dengan menggunakan aplikasi tertentu di telefon bimbit anda, anda dapat mengimbas kod QR tersebut dan mendapat respon tertentu. Untuk gambar dibawah ini, sekiranya anda mengimbas kod tersebut pada telefon bimbit anda dengan menggunakan aplikasi tertentu (seperti Barcode Scanner/Android)

Kod QR boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat dengan efisien

Alamat laman web / URL
Kandungan Teks (250 aksara)
Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)

Penggunaan Kod QR telah lama diamalkan di negara-negara lain khususnya Jepun. Rakyat United Kingdom pula merupakan pengguna kod QR yang ketujuh didunia (sumber Wikipedia). Pada tahun 1994, syarikat Denso Wave menggunakan kod QR untuk mengesan dan menjejak komponen yang digunakan dalam pengilangan kenderaan (sumber). Malah, di Jepun, kod QR digunakan untuk mengesan pinggan sushi di kaiten belt (kabel yang membawa pinggan sushi) sama ada sushi tersebut sudah tidak sesuai untuk dimakan. Pinggan yang melalui terminal pengimbas akan diasingkan dari kaiten belt dan memastikan hanya sushi segar yang dihidang

(Sumber Artikel : kredit to AMANZ)

Akhirnya berbekal maklumat dan info yang diperolehi dari rakan bloggers, dapat jugak akhirnya KK membuat Kod QR sendiri. Insya allah ... info ini akan KK share dalam entri akan datang ,,,

Kod QR

Akhirnya berjaya ....

Buka Semangat ..

27 December 2011

Jom makan

Makan malam setelah 'ronda'

Cleaner

Satu petang di tandas SKVE Saujana Putra
L : Eh.. Ini tandas lelaki @ perempuan
P : Saya perempuan tp ini tandas lelaki
Itu laa kes kalo cleaner perempuan basuh tandas lelaki. Agak-agak la. Nak cuci ker .. Apa ker .. tunggu laa orang tak de atau tutup jap .. Tak pun cari cleaner lelaki..

Percubaan pertama ..

Percubaan pertama meng'updated' dr tangan

Akhir zaman mereka dijulang

25 December 2011

Eksklusif : Pengumuman Perkahwinan Yusry & Lisa



Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain

Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?

Munif, Putrajaya.

Jawapan Dr MAZA: Saudara Munif, Alhamdulillah saudara prihatin dengan keadaan akidah saudara di kala ramai yang tidak mempedulikan lagi kebersihan akidah mereka. Akidah adalah pembeza utama antara seorang mukmin dan bukan mukmin. Seseorang bagaimana banyak amalannya pun, tetapi jika akidahnya rosak, maka amalannya ditolak. Maka penting untuk kita mempertahankan akidah dan kesuciannya. Mengenai soalan saudara, ada beberapa perkara yang wajar difahami;

1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).

2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).

Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:

“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.

4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.

6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.

7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.

8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).

Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.

9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.

Sumber : drmaza

24 December 2011

Senaman kuatkan tenaga dalaman ...

Selamat mencuba ....

Cara Mandi Wajib Paling Ringkas

Jumpa Boboi @ Final ....


Ala tomey tomey ....

Upin & Ipin @ Space U8

23 December 2011

Ninngalne larang-E, nglakoni perintah-E ...


Tinggalkan larang-Nya, jalani perintah-Nya ..

Please who find this woman ......

Cuba hayati ......

22 December 2011

Hargailah Isteri Anda ...


Hargailah Isteri Anda. Jangan Pukul Mereka! - Ustaz Mohd Kazim Elias

Kata PM ...

Mudah-mudah ada kata sepakat ....

Suami Menyakiti Hati Isteri ...

Kenyataan JPA : SBPA

Tangguh SBPA ...

6 Golongan Jangan Dijadikan Isteri

1. Perempuan yang membanyakkan keluh kesah
2. Perempuan yang banyak mengungkit 
3. Perempuan yang ingin suami yang lain
4. Perempuan yang gemar tiap-tiap sesuatu paksa suami buat
5. Perempuan yang hari-hari sibuk bersolek-solek
6. Perempuan yang membanyak bercakap (berleter)

Wang baru ...


Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.

21 December 2011

Warga Berjasa ....

KK nak ucapkan terima kasih di atas cenderahati dan Sijil Penghargaan yang telah disampaikan oleh Ybhg. Dato' Ir. Abdullah bin Abdul Rahman, Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor pada Majlis Penghargaan Warga Berjasa JKR Selangor Tahun 2011 pada petang tadi. Turut KK nak ucapkan tahniah kepada JKR Selangor di atas beberapa pencapaian dan kejayaan yang telah diterima seperti Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor 2011, Anugerah Persijilan 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan lain-lain anugerah. Semoga JKR Selangor terus maju jaya ...

Sedap ke makan daging manusia ..

Program paling menjijikkan di tv

 ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu di depan penonton di studio.

LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi

Sumber : Harian Metro

Kejamnya mereka ....



Apa laa dosa perempuan tu sampai mati dipukul dan dipijak. Tiada langsung perikemanusiaan dan tindakan sedemikian lagi-lagi terhadap wanita amatlah KEJAM ...

20 December 2011

4 Perempuan Isi Neraka



4 Jenis Perempuan yang Menjadi Isi Neraka
1. Perempuan yang jahat mulut (kondem) atas suaminya
2. Perempuan yang memperbodohkan suami, paksa suami buat perkara yang tak mampu
3. Perempuan yang tidak mahu menutup dirinya (aurat) daripada lelaki.
4. Perempuan yang cita-cita lain tidak ada melainkan makan, minum dan tidur.

Nama-nama yang sering diganggu Jin

19 December 2011

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2011

Syiling XCHANGE Kiosk

Kadang-kadang syiling yang dikumpulkan apabila hendak di'bank-in' akan menyebabkan muka penjaga kaunter bank akan berkerut dan kadangkala berbunyi gomelan yang tak berbunyi. Entah laa .. bukan kira secara manual tapi dah guna mesin masih merungut. 
Kebetulan hari nie meronda ke Tesco Xtra Shah Alam ... Terserempak lak dengan satu mesin ini .... Cara Cepat & Mudah untuk menggunakan duit syiling anda! Tukar dengan Baucar Resit. Pandai betul management  TESCO menggunakan peluang. Tukar syiling dengan baucar yang HANYA boleh digunakan di sini saja. Kalau tak salah KK mesin nie pun ada digunakan MYDIN USJ. So bawak syiling yang banyak-banyak tu tukar dengan baucar. Tapi kalo guna syiling anak-anak tu jangan lupa ganti balik.

Buta hati ...

KK pasti ramai yang tahu tempat letak kenderaan khas dan dikhususkan untuk siapa kan ... Akan tetapi kenapa ramai sangat yang BUTA HATI dan hanya mementingkan diri sendiri. Kemudahan telah disediakan tetapi oleh kerana sikap sebahagian manusia yang tidak kenal erti 'BERSALAH' menyebabkan KK tengok kesian kepada mereka yang berkeluarga terutama mempunyai anak-anak kecil. Bila agak mentaliti mereka ini akan berubah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...