28 December 2011

Apa itu Kod QR

Sebelum KK bercerita mengenai lanjut mengenai kod QR nie, KK nak share klip video di bawah




Kod QR (QR Code) Pernahkah anda mendengar istilah ini? Buat mereka yang geek & mengikuti perkembangan teknologi, sudah pasti anda tahu apa itu Kod QR. QR adalah singkatan untuk Quick Response atau pun’respon/maklumbalas yang pantas’. Kalau kita selalu melihat Barcode yang biasa dipaparkan di produk-produk tertentu, Kod QR adalah seperti gambar dibawah ini.

Dengan menggunakan aplikasi tertentu di telefon bimbit anda, anda dapat mengimbas kod QR tersebut dan mendapat respon tertentu. Untuk gambar dibawah ini, sekiranya anda mengimbas kod tersebut pada telefon bimbit anda dengan menggunakan aplikasi tertentu (seperti Barcode Scanner/Android)

Kod QR boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat dengan efisien

Alamat laman web / URL
Kandungan Teks (250 aksara)
Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)

Penggunaan Kod QR telah lama diamalkan di negara-negara lain khususnya Jepun. Rakyat United Kingdom pula merupakan pengguna kod QR yang ketujuh didunia (sumber Wikipedia). Pada tahun 1994, syarikat Denso Wave menggunakan kod QR untuk mengesan dan menjejak komponen yang digunakan dalam pengilangan kenderaan (sumber). Malah, di Jepun, kod QR digunakan untuk mengesan pinggan sushi di kaiten belt (kabel yang membawa pinggan sushi) sama ada sushi tersebut sudah tidak sesuai untuk dimakan. Pinggan yang melalui terminal pengimbas akan diasingkan dari kaiten belt dan memastikan hanya sushi segar yang dihidang

(Sumber Artikel : kredit to AMANZ)

Akhirnya berbekal maklumat dan info yang diperolehi dari rakan bloggers, dapat jugak akhirnya KK membuat Kod QR sendiri. Insya allah ... info ini akan KK share dalam entri akan datang ,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...