15 December 2011

Jom ke Eropah ..

MAS tawar 30 peratus diskaun untuk destinasi Eropah

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskaun 30 peratus untuk warga Malaysia yang mengembara ke lima destinasi Eropah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Diskaun itu ialah untuk perjalanan ke London, Amsterdam, Frankfurt, Paris dan Istanbul.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, apa yang perlu dilakukan pengguna ialah merancang dan mengembara secara berkumpulan tiga, enam atau sembilan.
"Mereka mestilah dari tiga etnik atau latar belakang budaya Malaysia yang berbeza untuk menikmati percutian Eropah yang menyeronokkan dalam gaya 1Malaysia," tambahnya.

MAS menawarkan diskaun ke atas tambang kelas perniagaan dan ekonomi untuk promosi meliputi pengembaraan mulai 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Setiap kumpulan 1Malaysia mesti mengembara dalam kelas dan penerbangan yang sama sepanjang perjalanan menggunakan tawaran istimewa yang tersedia mulai sekarang hingga 26 Dis, 2011.

Pada masa ini, MAS mengadakan penerbangan dua kali sehari ke London dengan penerbangan harian ke Amsterdam dan Paris, perkhidmatan lima kali seminggu ke Frankfurt dan tiga kali seminggu ke Istanbul. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...