18 December 2011

Lelaki Melayu kahwin sejenis


Gambar : Kredit to D'Informationz

Dakwaan lelaki Melayu kahwin sejenis disiasat – Jamil Khir

BANGI 17 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu ”berkahwin” dengan lelaki warga asing di luar negara.

"Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

"Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja. – BERNAMA


Isu Pemuda Memakai Baju Melayu & Bersampin Kahwin Lelaki Eropah Kecoh Dalam Internet

KUALA LUMPUR: Isu mengenai seorang pemuda yang memakai baju Melayu serta bersampin dan bertengkolok di kepala sedang mencium pasangannya yang juga seorang lelaki (Eropah) dalam satu majlis perkahwinan pasangan gay telah mencetuskan kontroversi dan hebat diperkatakan di internet.

Majlis tersebut yang merupakan satu majlis perkahwinan sivil telah berlangsung di luar negara.

Terdapat juga gambar yang diposkan di dalam laman web bigayweddingproject.com menunjukkan 'kekasih' pemuda yang dipercayai Melayu itu sedang menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Lelaki Eropah itu memakai pakaian yang biasa dipakai oleh pasangan lelaki pengantin Barat.

Tidak dinyatakan dengan jelas latarbelakang lelaki Melayu tersebut tetapi gambar yang memperlihatkan pasangan 'suami-isteri' itu sedang bercium sebaik sahaja majlis perkahwinan mereka selesai sambil disaksikan oleh ramai tetamu yang lain agak 'mengelikan' dan akan mencetuskan kontroversi di tanah air.

Hakikat bahawa pemuda berkenaan memakai baju Melayu dan bersampin kuat membuktikan bahawa dia adalah dari Nusantara.

Sumber : mStar Online

Dakwaan lelaki Melayu kahwin sejenis disiasat

BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara. "Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga.

"Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya. Kita tengoklah dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja.

Mengulas kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu, Jamil Khir berkata kejadian seumpama itu perlu ditangani secara bijaksana oleh Majlis Agama Islam negeri.

"Kalau sekiranya mendirikan solat Jumaat hanya kerana berbeza ideologi dan politik, jadi mungkin menyebabkan Islam itu dipandang begitu berbeza sehingga kerana ideologi politik yang berbeza, kita mendirikan solat Jumaat di tempat berbeza," katanya.

Semalam, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita kerana kejadian itu dikesan masih berlaku di sebelas masjid di daerah Marang, Setiu dan Besut berbanding 23 buah sebelum ini. "Titah Sultan Mizan itu harus dilihat sebagai sesuatu yang penting untuk diambil perhatian," katanya. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...