06 December 2011

Lumayan dengan blog ....

KK rasa KK tak layak bercerita mengenai persoalan di atas. Ya laa ... masih setahun jagung di alam blogger ini. Persoalan yang mungkin sering kali malah kerap kali timbul, BOLEH CAYA ker.... KERJA GILA la .. TIPU tu ....

Ada blogger yang sudah menjana pendapatan dari ratusan hingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Macamana ? 

Melalui media pengiklanan blog. Apa tu ?

Ada yang mengatakan di Malaysia terdapat lebihkurang 10 media pengiklanan namun tiada semua yang masih bertahan. Pemilihan media pengiklanan juga penting dan mestilah tepat dapat memastikan menjana pendapatan yang maksimum pada setiap bulan.

Buat pertama kali mencuba, KK memilih Nuffnang Malaysia. Tak salah mencubakan. KK rasa tiada kerugian sebab dunia blogger ini masih belum dijadikan 'sumber' pendapatan tetap. Kesetiaan KK akan kekal bersama Nuffnang kecuali jika berlaku apa-apa di luar jangkaan. Ramai yang berkata berbaloi meletakkan iklan Nuffnang dan bukti cek yang diterima, KK tak terjerat dengan 'jaminan' ini selagi KK sendiri belum berjaya. Percubaan pertama telah dibuat, insya allah percubaan kedua penghujung tahun ini, Tunggu dan lihat hasilnya.


SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.
Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.
Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.
Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.
Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.
Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.
"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.
"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.
Untuk keterangan lanjut, boleh melihat sisipan akhbar Kosmo! Online.
 Apa-apa pun KK ucapkan selamat mencuba kepada rakan-rakan blogger yang baru. Baik mencuba dari sekadar melihat. Tak berjaya kita cari lain ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...