28 December 2011

Pakai tudung sekadar main-main?

Sekadar berkongsi ....



SEKARANG SS perhatikan sudah ramai artis tanah air yang mula menutup aurat sejajar tuntutan agama. Harapnya mereka ikhlas dan istiqamah dengan imej baru mereka.

Bukanlah apa, SS pernah terserempak dengan seorang dramatis hebat zaman 90-an di sebuah pusat beli-belah berdekatan rumah SS. Mulanya, agak sejuk juga mata SS memandang penampilannya yang tidak ubah seperti wanita Timur Tengah yang lengkap berjubah hitam dan bertudung litup menutupi rambutnya itu.

Bagaimanapun, selang beberapa hari kemudian, SS menonton drama lakonannya di TV dan alangkah terkejut SS apabila mendapati dia membuka tudung semata-mata untuk berlakon dalam drama yang menyaksikan dia membawakan peranan sebagai ibu kepada watak utama.

SS tidak pasti pula saluran TV yang mana satu sebab sudah ingat-ingat lupa tajuk drama itu.

Bagi SS tidak perlulah sampai sanggup berkorban dengan membuka hijab dalam memenuhi tuntutan watak kerana SS sangat meminati pelakon wanita ini suatu masa dulu. Bagi SS dia mampu membawakan watak dengan cukup baik sekali walaupun dia selalu menjadi watak pembantu saja.

Dalam kes ini, SS hormat dengan Aida Khalida yang sering membawakan watak ibu dalam setiap lakonannya tapi tidaklah sampai sanggup mengetepikan hak sebagai seorang yang bertudung.

SS rasa pelakon wanita yang sanggup buang tudung demi watak ini seharusnya berbincang terlebih dulu dengan penerbit, mungkin mereka tidak memaksa kalau diterangkan terlebih dulu. Ini kalau dah si pelakon sendiri merelakan begitu, nak kata apa lagi kan.

Sumber : myMETRO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...