29 December 2011

Pukul suami guna fail pejabat

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat

EPANG: Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat, sembilan bulan lalu.

Kamaliah Basir, 35, didakwa mendatangkan kecederaan kepada Zaihan MdLani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 sebagai ikat jamin.

Bagaimanapun, Hakim Zurina Mohamed Nor menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA


KK: Macam-macam ragam manusia sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...