22 December 2011

Wang baru ...


Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...